Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Peringkat Daerah Lipis 2026 di Dataran Orang Kaya Haji

31 Ogos 2026 seawal 7 lebih kami dah keluar dari rumah. Macam biasa parking kat tepi office Cie je. Kali ni duduk betul-betul tepi jalan senang nak ambil gambar perbarisan kontijen dan perarakan kereta berhias. 



Siap bawak bekal makanan, malas nak singgah makan di kedai. Takut tak sempat nak tengok perbarisan. Cie panaskan sandwich 7E, letak dalam plastik je. Air pulak Cie bancuh sesiap Iced Caramel Latte. 


Cie snap semua gambar tapi tu la banyak pulak nak masuk dalam blog ni. Cie pilih gambar kereta berhias jela masuk dalam blog ni yang cantik jela. 







Seperti tahun lepas polis dan ATM buat persembahan. Yang polis bawak geng mat motor. Yang ATM sama jugak ada adegan tembak-tembak dan letupan bom. 

Persembahan polis

Persembahan ATM
Meriah sama macam tahun sebelum ni. Ramai orang datang nak menyaksikan sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan. Memang seronok la. 

Anak-anak Cie berjalan dengan kawan-kawan memasing. Tinggal la Cie dan Faiz je duduk tepi padang tu. 


Ada persembahan artis anak Ameng Spring, Ammar Haikal. 


Banyak jugak la persembahan koir, tarian. 


Tahun ni tak tunggu sampai habis sambutan. Faiz dah ajak balik. Masa kami balik tu acara penyampaian hadiah dah. 







Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Slmt hari merdeka
    Semangattttt
    Seronok dpt meraikan hari bersejarah ni kan

    BalasPadam
  2. Orang pompuan wajib bawak kipas bateri tu kan?

    BalasPadam
  3. Wah meriah juga sambutan di lipis ye. Eh eh kalau ada ctdk confirm lagi meriah dan sesak kan #tiber😅🙈

    BalasPadam
  4. Seronoknya dapat tengok perbarisan sempena Merdeka ni. Teringin nak tengok depan mata kat mana-mana pun. Tapi tulah, kita jenis malas nak bersesak. Tengok yang orang share kat medsos je lah.

    BalasPadam
  5. Seronok tengok perarakan yg skala kecil gini, tak crowded sangat. Suasana pun lebih terkawal dan santai.

    BalasPadam
  6. Meriaaaah 😍😍😍. Paling suka lihat kendaraan hias begitu. Apalagi kalau kreatif yg buat, unik2 biasanya. Bagus juga ada pertunjukan sekali ya kak 👍

    BalasPadam
  7. Kuantan tak banyak kereta berhias tapi ada kereta kebal. Best kan tengok perarakan Merdeka

    BalasPadam
  8. wahh ada perbarisan jugak yer utk sambutan peringkat negeri. nice!

    BalasPadam
  9. Bagus gak peringkat daerah pun buat sambutan. Takdelah semua bersesak² di Kuantan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.