Sarapan Pagi Di Restoran Kuah & Singgah Zus

Pagi tadi baring-baring dulu lepas Subuh memang takde plan nak masak sarapan. Dah alang-alang nak keluar beli barang dapur, terus la singgah sarapan. 

Takde idea dah nak makan apa sebenarnya. Kakak Raisha kata makan kat Restoran Kuah jela dah nak beli barang kat BS Freshmart tu. Dalam 9 lebih kami keluar. 

Sarapan kat Kuah ni order air 3 je dan share. Teh o ais 2 untuk anak-anak, Faiz order kopi o suam kosong takde gula. 

Makan pulak Faiz order roti cheese, Cie order roti tisu dan anak-anak order maggi goreng. Tambah ayam goreng 2 ketul. Ayam goreng Kuah ni sedap. 


Kemain tinggi hah. Dalam tu dia letak gelas panjang nak bagi tak jatuh



Adik Rania tak habis makan. Masih takde selera lagi tu. Cie la habiskan makanan dia. Adik Rania makan roti tisu juga. 

Siap makan Cie dan Faiz je masuk BS Freshmart beli barang dapur. Adik Rania mintak nak masuk kereta tak larat nak jalan agaknya. Biasa tu kalau sihat dia la yang suka mengikut. Babahnya on enjin dan aircond, duduk la 2 beradik. Kejap je Cie beli sayur dan Faiz beli lauk.


Lepas tu terus ke Zus nak beli air. Nak guna voucher discount 15% untuk Zus Elite. Cie order iced shaken double espresso + velvet creme dan untuk Faiz iced spanish latte less sweet. Lepas pick up, masuk Ninso pulak sebelah Zus Cie nak beli gula-gula bekalan untuk kursus nanti. Kakak Raisha beli stok pen dan correction pen.



Adik Rania stay dalam kereta taknak turun. Memang betul tak larat la tu. Tak pernah la taknak turun, lagi-lagi masuk Ninso macam-macam dia nak. Cepat sihat dik esok nak sekolah dah. Jumaat baru ni dah tak datang demam. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Sedap roti tisu. Garing, rangup...makan begitu saja pun dah ada rasa.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.