Pagi ni Cie buat breakfast naan cheese jenama Kawan. Semestinya cicah dengan sardin. Naan cheese tu adik Rania tolong masakkan. Ajar dia dan dia terus boleh buat senang je. Kalau yang menumis anak-anak masih takut tepercik minyak.
Cie guna pan leper yang buat burger tu. Lenserkan pan dengan marjerin lepas tu letak je naan cheese, sekali sekala terbalikkan. So adik Rania la buat sampai habis 6pcs semuanya. 1 plastik tu ada 3pcs je. Buat la semua takut tak cukup.
Untuk sardin goreng, Cie tumbuk bawang putih, cili padi, kunyit hidup. Bawang besar Cie hiris je. Mulanya tumis bahan tumbuk sampai naik bau masukkan bawang besar, asam keping dan sardin. Kacau kejap lepas tu masukkan air dan bahan perasa. Dah agak mendidih kuah tu kira siap jela.
Anak-anak sarapan dulu tadi. Cie bancuh Iced Caramel Latte, nak habiskan fresh milk dah beberapa hari tu buka kotak. Bersarapan naan cheese cicah sardin dan minum Iced Caramel Latte.
Siap sarapan, on tv dengar je mata mengadap handphone. Nak selesaikan blogwalking dulu yang dari Sabtu rasanya tak selesai. Ada sempat sikit je blogwalking. Hari ni try settle semua la.



8 Ulasan
Ehh menariknyaa.. nak cari jugalah, sedap ni cecah kari kambing...
BalasPadamSukaaaa nan cheese. Apalagi kalau pakai keju mozza 😍😍. Pernah makan nan cheese yg pakai keju cheddar. Tak sedap jadinya. Krn keju tak melted. Bagus juga ada yg tinggal masak begini 😍
BalasPadamNaan ni kalau kena ngan kari cicahnya mmg bole bertambah² jadinya haha.. skrg dah senang bila ada frozen naan
BalasPadamaduhhhh...macam dah teracun je ni...tapi tgh diet...acaner ni erk...
BalasPadamSenang ada yang frozen, sekejap je dah siap. Bagus adik Rania dah boleh diharap rajin membantu kat dapur. Sedap menu ringkas macam ni. Berselera makan.
BalasPadamwahhh MZ tak tahu pun nan cheese aad versi frozen. boleh try beli nanti
BalasPadamOh, ada rupanya nan cheese jenama Kawan ni. Biasa nampak roti canai je. Baik.
BalasPadamBaguslah, ajar anak dara memasak. Nanti kot dia tinggal sorang rumah, pandai sediakan makanan sendiri. 👍
Cam menarik je.
BalasPadamDapat naan segera ni bila² boleh makan.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.