Sarapan Pagi Naan Cheese

Cuti sekolah bermula minggu ni, Cie pun menyelit jugak cuti 2 hari. 1 - 2 September Cie apply CR (cuti rehat). Takde ke mana pun saja nak berehat di rumah je. Faiz kerja. Sabtu je kami ke KL tapi entri masih dalam draft. Nanti la marathon settle semua draft dan marathon blogwalking. 

Pagi ni Cie buat breakfast naan cheese jenama Kawan. Semestinya cicah dengan sardin. Naan cheese tu adik Rania tolong masakkan. Ajar dia dan dia terus boleh buat senang je. Kalau yang menumis anak-anak masih takut tepercik minyak. 



Cie guna pan leper yang buat burger tu. Lenserkan pan dengan marjerin lepas tu letak je naan cheese, sekali sekala terbalikkan. So adik Rania la buat sampai habis 6pcs semuanya. 1 plastik tu ada 3pcs je. Buat la semua takut tak cukup.

Untuk sardin goreng, Cie tumbuk bawang putih, cili padi, kunyit hidup. Bawang besar Cie hiris je. Mulanya tumis bahan tumbuk sampai naik bau masukkan bawang besar, asam keping dan sardin. Kacau kejap lepas tu masukkan air dan bahan perasa. Dah agak mendidih kuah tu kira siap jela. 

Anak-anak sarapan dulu tadi. Cie bancuh Iced Caramel Latte, nak habiskan fresh milk dah beberapa hari tu buka kotak. Bersarapan naan cheese cicah sardin dan minum Iced Caramel Latte. 

Siap sarapan, on tv dengar je mata mengadap handphone. Nak selesaikan blogwalking dulu yang dari Sabtu rasanya tak selesai. Ada sempat sikit je blogwalking. Hari ni try settle semua la. 


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Ehh menariknyaa.. nak cari jugalah, sedap ni cecah kari kambing...

    BalasPadam
  2. Sukaaaa nan cheese. Apalagi kalau pakai keju mozza 😍😍. Pernah makan nan cheese yg pakai keju cheddar. Tak sedap jadinya. Krn keju tak melted. Bagus juga ada yg tinggal masak begini 😍

    BalasPadam
  3. Naan ni kalau kena ngan kari cicahnya mmg bole bertambah² jadinya haha.. skrg dah senang bila ada frozen naan

    BalasPadam
  4. aduhhhh...macam dah teracun je ni...tapi tgh diet...acaner ni erk...

    BalasPadam
  5. Senang ada yang frozen, sekejap je dah siap. Bagus adik Rania dah boleh diharap rajin membantu kat dapur. Sedap menu ringkas macam ni. Berselera makan.

    BalasPadam
  6. wahhh MZ tak tahu pun nan cheese aad versi frozen. boleh try beli nanti

    BalasPadam
  7. Oh, ada rupanya nan cheese jenama Kawan ni. Biasa nampak roti canai je. Baik.
    Baguslah, ajar anak dara memasak. Nanti kot dia tinggal sorang rumah, pandai sediakan makanan sendiri. 👍

    BalasPadam
  8. Cam menarik je.
    Dapat naan segera ni bila² boleh makan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.