Menu Dinner 15 - 21 November 2026

Minggu 15-21 November ni ada jugak hari yang terlupa nak snap gambar. Bila charge handphone masa masak terus lupa nak snap. Haihhh dah makin menua ni makin pelupa pulak. Hahaha. 


Tapi tetap semangat nak masak dapat wish dari Faiz masa birthday hari tu 'semoga sihat selalu supaya boleh masak sedap-sedap lagi'. Ada la lagi ucapan lain cuma yang ni rasa macam bertambah semangat nak masak. 


15 November 2026

Permulaan minggu dimulakan dengan menu kari ayam. Anak-anak suka makan berkuah. Regu dengan kari ayam, ikan masin dan telur masin. 


Ulaman yang ada hasil tanaman kakak-kakak, kacang botor dan pucuk ajinomoto celur. Bendi dan timun pun ada. Cicah dengan sambal belacan. 

16 November 2026

Mangga telur ada banyak boleh la cincang-cincang buat ayam goreng sos thai mangga. Tambah telur dadar. 


Sayur pulak Cie masak dou miao goreng sos tiram. Ada orang panggil pea shoots, keturunan taugeh kot. 

17 November 2026

17 November tu Faiz takde ke Shah Alam. Biasa Cie tapau je makanan tapi balik kerja tu malas nak singgah kedai. Masak jela nasi goreng. Kalau beli makanan kedai pun order nasi goreng jugak. 


Cie masak nasi goreng udang tomyam, telur mata, timun dan cili potong. Makan 3 beranak. Bertambah-tambah 2 beradik tu makan. 

18 November 2026

Buka fridge macam-macam sayur ada tapi blur taktau nak masak apa. Ada tauhu telur terus jela masak dengan siew pak choy dan cendawan tiram, pecah telur dalam tu konon nak buat jadi sup. Terlebih pekat sikit tak jadi la sup. 


Ayam Cie gaul dengan serbuk kunyit, serbuk cilu dan garam lepas tu goreng je. Sambal pulak Cie buat sambal mangga telur. Tumbuk cili dan ikan bilis letak mangga cincang. 

19 November 2026

Cie ada dinner hospital 19 tu tapi Cie sediakan la menu dinner untuk 3 beranak tu. Cie panaskan udang masak lemak kiriman Kak Ngah Cie bekukan. So panaskan jela. Lepas tu ulam timun je. Cukup la untuk mereka bertiga. 



20 November 2026

Bila dah hujung-hujung minggu ketandusan idea dah nak masak apa. Masak jela ayam goreng kicap letak kentang goreng. Memang kegemaran anak-anak la. 


Cie tambah telur masin. Sayur pulak Cie buat cendawan tiram, siew pak choy dan kobis goreng. Kira sayur campur la. 

21 Disember 2026

Cie masak tomyam, telur dadar. Ulaman bendi celur, daun ajinomoto celur, timun cicah sambal belacan. Takde gambar sebab lupa snap. 






Catat Ulasan

0 Ulasan