Bahan semua ada so Cie masak la nasi kuning Sabah. Kiranya kali kedua la masak nasi kuning Sabah ni. Senang je cuma versi sendiri la.
Cie masak nasi kuning 3 cawan. Boleh la makan sampai lunch nanti tak payah masak dah. Kali ni guna beras basmathi par boiled LaSella Jasmine. 3 cawan beras dan 4 1/2 cawan santan campur air la sekali. Cie guna kelapa parut frozen kakak Cie bagi. Masak guna periuk noxxa HP 7 minit je.
Berfungsi la periuk Cie tu pada waktu-waktu tertentu. Semua jenis nasi boleh guna HP 7 minit memang elok kejadiannya.
Nasi kuning Cie makan dengan ayam sambal, ikan bilis goreng, telur rebus, timun. Kalau nasi kuning Sabah tu boleh makan dengan sambal ikan, serunding, sambal telur, ayam goreng berempah. Ikut la citarasa masing-masing.
Pagi tadi goreng jugak keropok keping kakak Cie beli kat Gua Musang. Masa dia balik kampung hari tu dia pergi ke sana. Gigih betul katanya pasar GM tu ada macam-macam. Pengaruh Tiktok la agaknya tu. Sedap jugak keropok tu nipis. Cie goreng guna minyak goreng ayam tu yang kuning je.
Siap masak 8.30am tadi terus makan jela, lepas tu nak keluar beli barang dapur. Bukan takat barang dapur je beli, macam-macam la bila dah keluar tu.



1 Ulasan
Pernah mkn nasi kuning sabah.. Opismate sabah masak dlu bw ke opis
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.