Kebaikan penyusuan susu ibu - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 15 March 2013

Kebaikan penyusuan susu ibu

As salam
Selamat sejahtera
Alhamdulillah dah 6 bulan menyusukan Raisha dengan susu ibu sepenuhnye...masih ada rezeki untuk anak ibu...walaupon ibu hanya menjadi exclusive pumping mom atau lebih familiar orang panggil ep mom...
Kejap je ibu dapat merasa direct feed...lepas nipples ibu diserang luka ibu tak direct feed...bile dah sepanjang mase disuap botol Raisha dah sesuai ngan puting botol terus reject puting ibu...tak kesah la asalkan susu ibu jugak...kadang2 bagi jugak tapi dia reject...uwekkk teros..haha..lawak anak ibu nih...kadang2 bile riba dia duk raba2 kat baju macam cari tapi bila suap dia macam tak reti nak sedut...
Memang terasa sangat bahagia menjadi seorang ibu apabila dapat memberikan susu ibu kepada anak yg dikandung 39minggu..tambahan pulak susu ibu nih merupakan makanan yg terbaik untuk baby...
Susu ibu mengandungi  khasiat pemakanan yg seimbang utk tumbesaran & perkembangan baby bagi memastikannya membesar dengan sihat & kuat...susu ibu juga mempunyai daya tahan yg diperlukan oleh baby utk melindungi daripada serangan & jangkitan yg biasa dihidapi oleh baby yg baru lahir..kita tak digalakkan utk memberi susu formula kerana boleh menyebabkan jangkitan biasa & cirit birit dikalangan baby...
Bukan baby je yg dapat manfaat dari penyusuan susu ibu nih malahan ibu jugak akan mendapat manfaat kesihatan...sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara & ovari jarang berlaku pd ibu-ibu yg menyusui baby...
Penyusuan secara eksklusif disarankan utk diberi sehingga 6 bulan, selepas itu boleh diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga 2 tahun atau lebih bergantung pd keadaan...diet yg seimbang sangat penting bagi ibu-ibu yg menyusui baby bagi mengekalkan komposisi & pengeluaran susu disamping mengekalkan kesihatan ibu..Ci'e memang decide utk bagi Raisha menyusu hingga 2 tahun...
Untuk memastikan kesihatan baby n ibu, keperluan nutrien yg cukup perlu diambil..sebab itu Ci'e memilih Shaklee...antara keperluan nutrien multivitamin, protein, vitamin C, vitamin B Kompleks, Kalsium, Asid Lemak Omega 3, Alfalfa...jom kita share apa kebaikan daripada pengambilan nutrien2 nih...
MULTIVITAMIN
Multivitamin menyediakan vitamin & mineral penting utk para ibu yg mana ianya tidak boleh diperolehi drpd diet harian. Kadar vitamin yg mencukupi membantu penghasilan susu yg banyak & berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu & bayi secara menyeluruh.
PROTEIN
Bayi memerlukan protein yg banyak utk tumbesaran yg berkekalan & sempurna. Sumber protein yg baik seperti protein soya didalam diet penyusuan amat penting utk pengeluaran susu. Protin membantu dlm membina & mengekalkan sel2 yg menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan utk mengambil sekurang2nya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.
VITAMIN C
Dalam 1 kajian terhadap para ibu yg menyusui bayi & mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pd bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dpt melindungi  bayi daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bg menguatkan sistem imun & membina kulit, gigi & gusi yg sihat.
VITAMIN B KOMPLEKS
Merupakan vitamin yg diperlukan oleh ibu & bayi setiap hari bg menyokong sistem saraf & metabolisma yg sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukkan sel2 darah merah, penghasilan tenaga utk sel & mengekalkan saraf serta kulit yg sihat. Ibu yg menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks utk memberikan khasiatnya kpd bayi melalui susu ibu.
ASID LEMAK OMEGA 3
Pengambilan & tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dpt menggalakkan perkembangan otak & mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak didalam otak. Tidak ramai kanak2 yg diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif & masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.
KALSIUM
40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan utk membina tulang yg sihat & pertumbuhan gigi bayi. Wanita yg menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.
ALFALFA
Mengandungi banyak nutrien penting & pelbagai vitamin seperti vitamin, K, A, B1, B6, C, E, kalsijm, zink & zat besi. Semua bahan2 tersebut penting utk pertumbuhan & perkembangan yg sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional utk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
7 nutrien sahaja yg disarankan utk ibu2 tapi tak perlu ambil semua...memadai kite pilih nutrien mane yg kite kekurangan...yg penting niat kita utk menyusukan anak kita sehingga 2 tahun..
Bagi Ci'e duit boleh cari tapi susu ibu takde jual kat mana2 tau...bersyukur la kalau kita mampu utk memberikan yg terbaik utk anak kita...besar ganjaran pahala yg kita bole dapat in shaa allah...mana2 ibu yg sedang preggy tuh berniat la menyusukan anak in shaa allah tuhan akan perkenankan niat baik kita tuh..tak susah pon niat tuh..yg penting kita ikhlas & redha utk menyusukan anak kita..persiapkan diri secara mental n fizikal..banyakkan membaca berkaitan susu ibu...beli buku, cari kat googles..tak rugi pon ilmu yg kita dapat tuh boleh kongsi dengan orang lain...

No comments:

Post a Comment