0
Pagi nih ibu dah sihat so cargas bangon kul6 pagi nak siapkan breakfast n lunch anak dara kesayangan ibu..

Menu breakfast simple je arini ibu bekalkan cornflake jela..pesan kat babah suo bs letak susu adik je nanti makan dengan cornflake..

Untuk lunch ibu buat nasi ayam..semalam dah ready chicken stock..senang je nak buat chicken stock..

Chicken Stock
Ayam bahagian dada (sekali dengan tulang leher)
Leek
Air
*letak air dalam periuk then masukkan semua bahan..biarkan mendidih hingga tinggal separuh periuk..pastu tapis..amik air je..simpan dalam fridge..pastu isi2 ayam yg ada pd tulang td boleh la carik2 utk masuk dalam nasi nanti..chicken stock nih bole prepare a day before..

Nasi ayam
Beras cuci bersih2
Chicken stock
Ayam rebus yg dicarik2
Sedikit je garam
*masukkan kesemua bahan...biarkan hingga masak..

Sup carrot+kentang+brocolli
Carrot,kentang,brocolli potong kecik2
Serbuk ikan bilis
Air
Garam sikit je jangan banyak2..secubit gitu..
*masukkan je semua bahan..biarkan hingga empuk n masak...

Pagi nih sampai 2x masak sup sayur..yg 1st tinggalkan atas dapur pastu g mandi n semayang..elok je lepas doa dapat bau hangit..g dapur tengok dah hitam dalam periuk..haha..

Kali ke2 masak pulak g makan cornflake kat depan sambil tengok fb n wa semalam..sudahnye hangus lg..

Kali ke3 baru la ok nasib sempat lagi..masak sup sayur pon boleh hangus..kuikuikui..

Cornflake+sup sayur masak kali ke3+nasi ayam baby ibu

*selamat mencuba...



Post a Comment Blogger

 
Top