Makanan Dalam Pantang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 31 January 2014

Makanan Dalam Pantang

Tak lama lagi nak jalani tempoh pantang 44 hari u ols..makan makanan pantang nak kata seksa tuh takdela tapi macam selera terpaksa la disekat..

Minum air suam je..ais jangan harap nak dapat rasa..kalau rasa nak bentan ke nak badan merana tuh minum la ais time pantang..

Makan pon tak boleh makan makanan yg sejuk..kena makan yg panas2 je..yelah dlm pantang sejuk..

Baca majalah PA&MA ritu ada tentang makanan yg perlu kita elakkan semasa pantang..

Sayur-sayuran & tumbuhan menjalar, sejuk & berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncis, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli, daseri, petola, labu, terung, ubi kayu & kobis yg boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi & sejuk pada otot.

Buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat & tembikai cina boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan & sejuk otot. Buah-buahan ini dilarang kerana boleh mengakibatkan sakit tulang & sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui sebagai artritis & rheumatisme.

Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk & cepat kering.

Ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari, duri, sembilang & parang. Dikhuatiri bisa pada pintu rahim.

Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru & makanan laut. Menyebabkan kegatalan kulit & alahan serta menyebabkan luka pembedahan bernanah.

Ayam biasa atau dikenali sebagai 'ayam bandar' serta telur ayam perlu dielakkan sehingga selepas 44 hari.

Air ais, air sejuk, air berkarbonat, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta air jus buah-buahan tidak boleh diambil sama sekali kerana tajam & boleh menyebabkan angin didalam badan.

Teh perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan angin & kembung perut.

Apa jua jenis makanan berlemak, berminyak & berkolesterol tinggi.

Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.

#sumber dipetik dari majalah PA&MA..

Kan banyak pantang larang..ada yg bole makan..tapi atas badan seseorang jugak..i ritu masa pantang makan ikan haruan, ikan bawal n ikan selar..ikan bilis pon makan jugak..sayur pulak sawi bunga n kobis..

Tapi best jugak makanan dalam pantang (nak sedapkan hati sendiri)..tiada kolesterol..tiada lemak..tiada minyak..so boleh la kurus tanpa perlu berdiet..huhu

No comments:

Post a Comment