Friday, 18 April 2014

Kerepek Kentang Goreng Kicap

As salam
Salam sejahtera

Lama rasa tak makan kerepek kentang nih. Tengok2 gambar lama jumpa la. So nak share resepi. Try la buat. Best makan macam tuh je.

Bahan:
Kentang
Ikan bilis
Bawang besar
Cili padi
Sos tiram
Kicap manis
Kapur makan
Air
Minyak masak

Cara membuat:
1. Kupas kulit kentang kemudian hiris nipis2 macam nak buat kerepek tuh. Ce selalu guna peeler kupas kulit n sagat kentang tuh jadi la nipis. Kalau guna pisau nanti tebal tak sama.
2. Rendamkan didalam air kapur. Tujuannya nak merangupkan kentang tuh bila sira dengan kicap.
3. Ikan bilis tuh siang macam biasa la buang isi perut semua. Bawang besar dimayang. Cili padi dipotong kecil2.
4. Panaskan minyak masak untuk goreng kentang. Isi separuh kuali. Goreng hingga kekuningan. Toskan.
5. Panaskan sikit minyak kemudian goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
6. Goreng bawang besar & cili padi. Kemudian masukkan sos tiram & kicap. Masukkan kentang & ikan bilis. Kacau seketika. Sedia untuk dihidangkan. Simpan didalam bekas kedap udara supaya tak masuk angin.

Senang je kan nak buat. Yg penting sedap. Selamat mencuba. ^_^


1 comment:

  1. Salam, admin jemput datang ke
    SYOKBAH - Portal Hiburan dan Gosip ---> http://syokbah.com/

    ReplyDelete