Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Tiba-tiba teringin nak makan nasi arab la pulak. Maka bermula la kelentung kelentang di dapur memasak nasi arab. Main hentam je buat.
Nampak menyelerakan tak? Hihi
First time buat nih. Entah sedap ke tak. Resepi pun main belasah je asalkan ala-ala arab gitu kan. Tapi kita punya nih simple je. Boleh la arab melayu kan. Kalau yang baru-baru nak mencuba tuh boleh guna resepi kita nih. Bahan-bahan pun senang nak cari. Cara buat pun tak rumit.
Rempah kisar (resepi kat bawah)
- Cuci beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan sedikit minyak sapi dan marjerin ke dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga.
- Setelah agak kekuningan masukkan bahan-bahan tumis ke dalam periuk.
- Masukkan air rebusan ayam, garam.
- Bancuhkan dengan sedikit air rebusan tadi bersama rempah kisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih.
- Masukkan kedalam periuk yg berisi beras tadi. Kacau rata. Biarkan sehingga masak.
- Setelah nasi masak barulah titiskan sedikit pewarna kuning kemudian kacau.
Rempah kisar (resepi kat bawah)
Lemon potong nipis-nipis bulat
1. Rebuskan ayam hingga masak. Setelah masak angkat dan toskan.
2. Lumurkan ayam bersama rempah kisar, serbuk kunyit dan garam.
3. Susun bawang besar dan lemon di dalam loyang kemudian susun ayam.
- Potong kecil-kecil tomato, cili, bawang dan masukkan ke dalam blender.
- Perahkan lemon kemudian potong kecil-kecil lemon tadi. Masukkan sekali ke dalam blender.
- Masukkan sedikit air.
- Kisar sehingga sebati.
- Masakkan seketika di atas api perlahan.
*boleh juga digunakan air masak semasa mengisar so dah tak perlu masak lagi.
*boleh dipotong mengikut.citarasa sendiri.
1. Sangai semua rempah. Sekejap je sampai agak naik bau je.
*sangai: goreng tanpa minyak.
2. Kisar hingga hancur.
Siap. Hihi. Simple kan. Senang je nak buat. Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Selamat mencuba.
0 Comments