Kerabu Ikan Sepat Masin

As salam. Selamat sejahtera
14 ramadhan 1435h

Tak sedar je kan dah 14 Ramadhan. Rasanya baru je lagi kita menunaikan ibadah puasa. So tak lama dah nak tinggalkan bulan barakah nih.

Hari nih sedikit free untuk masak. Weekend la kata kau. Kalau weekdays mintak maap la memang tak dapat nak masak.

So kita nak share 1 resepi yang sangat simple. Senang je nak buat. Sambil pejam pejam pun boleh. Hihi.

Resepi kerabu ikan sepat masin

Ikan sepat masin - potong kecil
Bawang besar - potong dadu
Tomato - potong dadu
Serai - hiris nipis
Belimbing buluh - potong bulat
Cili padi - potong kecil2
Bunga kantan - potong halus
Limau nipis/limau kasturi - ambil jus
Minyak masak

1. Goreng ikan sepat masin hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar & serai serta bunga kantan hingga layu.
3. Kemudian masukkan cili padi, tomato & belimbing buluh. Kacau seketika.
4. Masukkan ikan tadi kacau sebati.
5. Perahkan jus limau. Kacau lagi.
6. Sedia untuk diangkat.
*untuk dalam gambar nih tak letak bunga kantan.

Senang tak? Senang kan. Rasa pun sedap sangat. Masam2 masin. Tapi i selalu rendam dulu ikan tuh baru goreng. So dah kurang la rasa masin tuh. Masin2 tak elok untuk kesihatan tau. Hihi.
Selamat mencuba ye. ^_^
Share this article:

No comments:

Post a Comment