Makanan Bertin Sebahagian Daripada Diet Pemakanan Sihat - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 1 July 2014

Makanan Bertin Sebahagian Daripada Diet Pemakanan Sihat

Kebanyakkan mereka yang bekerja sama ada masih bujang atau sudah bekeluarga, anda mungkin menghadapi masalah untuk menyediakan makanan yang sihat serta menyelerakan dengan cepat serta mudah untuk disediakan.

Kita mungkin kekurangan masa serta bahan-bahan yang segar seperti ikan, makanan laut, ayam, daging & sayur-sayuran.

Sebagai pilihan mudah untuk hidangan yang sihat serta menjimatkan masa anda seharusnya mempertimbangkan makanan bertin sebagai pilihan yang sihat, mudah, lebih pantas dan menyelerakan.
Jika anda perhatikan kadangkala makanan bertin jauh lebih murah serta tahan lebih lama berbanding makanan segar. 

Makanan didalam tin melibatkan pemanasan makanan pada suhu yang tinggi, makanan didalam tin lebih cepat untuk dimasak ada kadangkala ada juga pilihan makanan didalam tin yang boleh dimakan terus tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.

Antara makanan bertin yang sihat dan berkhasiat untuk dipertimbangkan:

TUNA - PROTEIN TANPA LEMAK
Kaya dengan protein dan merupakan sumber asid lemak omega-3 yang baik. Juga kaya dengan bahan mineral seperti selenium, magnesium, niasin, potasium, vitamin B6 dan B12. Pilih tuna yg ditinkan didalam air untuk kebaikan sepenuhnya daripada protien tanpa lemak dan pastikan memilih tin yang tiada kandungan garam tambahan.

SARDIN - OMEGA 3
Mempunyai 2 kali ganda kandungan kalsium (sekiranya dimakan bersama tulangnya) daripada susu dan ia mengandungi zat besi, magnesium, zink, fosforus, tembaga, mangan, lycopene dan vitamin B.

MAKEREL - VITAMIN B12
Ikan makerel bertin mengandungi gabungan ideal omega 3, kalsium serta selenium. Kaya dengan vitamin B12 yang memainkan peranan penting dalam fungsi normal otak dan sistem saraf serta dalam pembentukan darah.

KACANG PANGGANG - FIBER
Mengandungi zat besi, folat, protein, serat dan lycopene dimana menambahkan khasiat kepada diet anda. Boleh ditambah kepada sup, bahan rebusan dan pencecah kerana mengandungi protein yang murah dan menyihatkan.

TOMATO - LYCOPENE
Kandungan antioksidan seperti lycopene dan vitamin C didalam tomato amat tinggi dan sangat tepat jika dipilih bagi sayur-sayuran bertin kerana ia mengekalkan kandungan nutriennya tidak kira bagaimana ia disediakan. Tomato didalam tin juga adalah sumber serat yang amat baik. Saru auns hidangan tomato yang dihancurkan tidak mempunyai kandungan lemak mahupun protein dan hanya mempunyai kandungan karbohidrat sebanyak dua gram.

BUAH-BUAHAN
Kaya dengan vitamin, serat dan bebas dari kandungan lemak serta mengandungi vitamin dan zat galian tinggi. Buah-buahan perlu ditoskan dari sirap dan campurkan bersama keju lembut rendah lemak atau bersama dadih untuk snek sihat yang kaya dengan protein. Pilih buah-buahan yang dibungkus bersama jusnya, air atau seratus peratus jus buah-buahan.

Banyak lagi pilihan makanan bertin yang boleh dijadikan pemakanan sihat serta menjimatkan masa penyediaan.

Sumber: majalah rasa


Pengedar Shaklee Kuala Lipis
0129755310

No comments:

Post a Comment