Tragedi MH17 Ditembak - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 18 July 2014

Tragedi MH17 Ditembak

as salam. salam sejahtera.

Semalam rakyat Malaysia digemparkan dengan 1 berita yang begitu menyayat hati. Sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine. Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15pm (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang KL (KLIA), Sepang ada 6.10am hari ini.

Ya Allah begitu berat dugaan mu buat keluarga mangsa. Takdir penentu segala. Takkan lambat walau sesaat. Kekuasaan yang maha esa tak perlu disangkalkan lagi. Tersembunyi hikmah yang kita sendiri tak sedar. Daripadanya kita datang. Kepadanya kita pergi. Ya Allah kau ampunkanlah dosa-dosa mereka. Tempatkan mereka dikalangan hambamu yang soleh solehah.

Tiada kata mampu dilafazkan. Sedih sangat pagi tadi masa tengok tv3 temuramah keluarga salah seorang pramugari tuh. Sebak sangat bila ayah mangsa ditemuramah. Tak sedar je tiba-tiba air mata mengalir. Dapat menyelami hati keluarga mangsa.

17 Julai 1997 penerbangan pertama
17 Julai 2014 penerbangan terakhir
17 tahun berkhidmat

Sungguh hebat perancangan mu Ya Allah. Al-Fatihah buat semua mangsa yang beragama Islam. Takziah.

No comments:

Post a Comment