Sunday, 10 August 2014

Resepi Lontong Simple

As Salam. Salam sejahtera.

Pagi nih rajin sikit sediakan sarapan lontong. Lontong yang simple je. Bahan pun yang senang2 je. Mudah la kalau sesiapa nak buat tuh. Sesuai sangat untuk yang malas. Hihi. Campak2 je dah siap.

Bahan2 Kuah Lontong
1 liter Santan
1 batang carrot (potong juliene)
5 batang kacang panjang (potong runcing sepanjang 1")
200 gm kobis bulat (potong halus)
1 keping tempe (potong kecil)
100 gm suhun + fucuk (rendam)
3 biji bawang putih (kisar)
1/2 biji bawang besar (kisar)
1" kunyit hidup (kisar)
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Masukkan santan, kacang panjang, carrot, bahan kisar. 
2. Bila dah agak mendidih masukkan kobis bulat, tempe, suhun fucuk. Biarkan seketika & kacau.
3. Masukkan serbuk kunyit & perasakan dengan garam.
4. Apabila masak. Sedia untuk dihidangkan.

Mudah je kan nak buat. Bahan2 tuh ikut selera masing2. Ada orang letak udang kering, terung, cili besar hijau & macam2 lagi la.

Makan dengan nasi impit & sambal tumis ikan bilis. Boleh jugak makan dengan sambal tumis udang. Fuhhh memang terangkat tau. Cuba lah buat. Selamat mencuba ^_^

3 comments:

  1. hihihi boleh hantar sini barang semangkuk dua?

    ReplyDelete
  2. http://syafiyahluv.blogspot.com/14 August 2014 at 00:05

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete