Thursday, 18 September 2014

Bangi Lanai Hotel

As Salam
Salam Sejahtera

Hari Isnin yang lepas tuh ada sedikit urusan di Bahagian Pinjaman Perumahan kat Putrajaya. So rasanya area Bangi jela ada hotel yang biasa2 je kan. Kalau dah nama putrajaya tuh hotel nya dah sah2 5 bintang. Nak tidur je pun so tak perlu hotel mahal2 kot. Cie pun google jela budget hotel area Bangi so terjumpa la Bangi Lanai Hotel nih. Kitorang gerak hari Ahad dari Pahang.

Ingatkan hotel bertingkat2 rupanya dah macam homestay sebabnya macam rumah biasa je cuma takdela macam homestay tuh siap ada dapur kan. Kat situ ada katil dengan tandas jela. Selesa la jugak.

Televisyen dan cermin untuk make-up pun ada tau. Air-cond mesti lah ada sebab takde kipas.

Nih je bilik yang tinggal. 3 katil single. Kitorang cantumkan je so boleh la tidur 4 beranak. Anak2 pulak boleh tahan lasak. Mujur la ibu slim. Hahaha

Picture kunci dan plug pun nak ambil kan. Hihihi
Nama bilik yang kitorang duduk tuh Melur. Belakang tuh ada masjid so memang sangat ok la kawasan kat situ.
2 beranak kat receptionist ambil iron. Iron and kettle tak disediakan kat bilik so kena ambil kat kaunter. Dapat iron je kettle dah habis.
Depan pintu je parking kereta. Selamat. Nak punggah barang pun senang.






Overall ok la hotel tuh bagi yang nak stay sekejap. Macam Cie check in pun dah malam so just untuk tidur je cukup la. Lepas check in malam tuh pergi makan kat area situ jugak jalan kaki je. Makan kat Kembangan Paradise. Ok la jugak makanan kat situ.

Bilik kat Bangi Lanai tuh pun takde la mahal sangat. RM90+ kot untuk bilik kitorang duduk tuh.

Kalau sesiapa terlepas ke Bangi tak tau nak stay mana boleh la stay kat situ. Sangat disyorkan kepada mereka yang small budget untuk penginapan. Nih alamat untuk ke situ:

  1. Address: Lot 2191-2A, Jalan Makmur Off Jalan Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor, 43650, Malaysia
    Phone:+60 3-8925 2493

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

6 comments:

  1. Replies
    1. Cie pun google baru tau. Ala2 homestay la tapi takde dapur semua tuh. Bilik biasa macam hotel.

      Delete
  2. saya pernah stay sini dengan family masa first daftar masuk ukm bangi. tapi amek bilik besar sebab ramai. selesa ja, murah pun murah. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan selesa & murah yang paling penting.

      Delete
  3. Replies
    1. Tuh paling penting sebab kita bawak anak2. Hihi.

      Delete