3
As Salam
Salam Sejahtera

MENU TENGAHARI INI


Hari nih untuk lunch masak special sikit. Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Acar Timun. Sangat mudah disediakan. Lebih kurang 1 jam je masa penyediaan. Campak-campak je dah settle. Tak susah pun nak malas kalau kita rajin & minat. Jadi susah bila kita malas. Apa pun tak menjadi kan. So jom Cie nak kongsikan resepi & cara penyediaan.

Setiap orang berbeza dari segi bahan yang digunakan serta cara penyediaan kan. So ini Cie kongsikan cara Cie yang sangat mudah. Pejam mata pun boleh masak tau. Hihihi. Tapi kan Cie punya resepi takde sukatan. Main belasah je. Tak reti nak sukat-sukat nih.

NASI MINYAK

NASI MINYAK ISTIMEWA UNTUK KELUARGA TERCINTA

BAHAN-BAHAN

BERAS
AIR
BAWANG PUTIH
BAWANG BESAR
KULIT KAYU MANIS
BUAH PELAGA
BUNGA LAWANG
MARJERIN
GARAM
PEWARNA KUNING

CARA PENYEDIAAN:


  1. Bawang putih & bawang besar dimayang halus. Ketepikan.
  2. Beras dicuci bersih kemudian dimasukkan ke dalam periuk bersama sukatan air.
  3. Panaskan sedikit marjerin didalam kuali kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang putih & bawang besar. Kacau sehingga agak kekuningan kemudian tutupkan api.
  4. Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk yang dah berisi beras tadi. Masukkan garam & pewarna kuning. Kacau sebati.
  5. Biarkan masak seketika.
TIPS:
    1. Boleh gunakan beras basmathi.
    2. Marjerin boleh digantikan dengan minyak atau dicampurkan marjerin & minyak sapi.
    3. Bawang putih & bawang besar boleh dikisar.
    4. Pewarna kuning juga boleh digantikan dengan pewarna lain atau tidak diletakkan pewarna.

AYAM MASAK MERAH

AYAM MASAK MERAH VERSI CIE

BAHAN-BAHAN

AYAM
SERBUK KUNYIT
GARAM
GULA
MINYAK MASAK
BAWANG PUTIH
BAWANG BESAR
TOMATO PURI
CARROT

CARA PENYEDIAAN:

  1. Ayam dibersihkan kemudian digaul bersama serbuk kunyit & garam.
  2. Panaskan minyak kemudian goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.
  3. Bawang putih & bawang besar dimayang. Carrot disagat halus.
  4. Panaskan sedikit minyak didalam kuali kemudian tumiskan bawang putih & bawang besar sehingga layu. Masukkan carrot kacau hingga masak.
  5. Masukkan tomato puri serta air. Perasakan dengan garam & gula.
  6. Sesuaikan rasa kemudian masukkan ayam. Kacau sebati.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

ACAR TIMUN

ACAR TIMUN RINGKAS

BAHAN-BAHAN

TIMUN
BAWANG BESAR
CARROT
CUKA
GARAM
GULA

CARA PENYEDIAAN:

  1. Timun dipotong kecil-kecil. Bawang besar dimayang halus. Carrot disagat halus.
  2. Gaulkan kesemua bahan kemudian sesuaikan rasa.
  3. Sedia untuk dihidangkan.

Sukatan tuh korang agak-agak jela ye Cie tak pandai nak bagi sukatan. Harap2 ada yang faham. Kalau tak faham boleh je tanya. Selamat mencuba ye ^_^


Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)






Post a Comment Blogger

  1. sedapnyaaa kak.. terima kasih kongsi resepi

    ReplyDelete
  2. salam

    singgah bw dan join ga

    http://macammacamcite.blogspot.com/2014/09/giveaway-september-by-karya-mahirah.html

    ReplyDelete

 
Top