Cara Atasi Kaki Kejang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 4 October 2014

Cara Atasi Kaki Kejang

Kaki kejang ketika mengandung

As Salam. Salam Sejahtera.

Kebiasaan kita akan mengalami masalah kaki kejang ketika sedang tidur pada waktu malam. Masalah ini seringkali terjadi kepada ibu mengandung, atlit, atau sesiapa sahaja yang kekurangan kalsium didalam badan. Kaki akan menjadi keras dan terlalu sakit serta tidak boleh digerakkan. Ia akan mengambil masa untuk kembali seperti sediakala.

PUNCA BERLAKU KAKI KEJANG

Punca berlakunya kaki kejang kepada ibu mengandung adalah kerana ibu mengandung perlukan kalsium yang mencukupi untuk disalurkan kepada anak didalam kandungan maka ibu mengandung perlu memastikan keperluan kalsium mencukupi supaya dapat disalurkan kepada anak dan masih mencukupi untuk keperluan ibu. Rahim mula membesar juga boleh menyebabkan ibu-ibu menghadapi kesukaran dan berat untuk membawa badan.

Atlit juga seringkali menghadapi masalah kaki kejang sama ada ketika sesi latihan mahupun sedang beraksi. Jika melakukan regangan yang berlebihan atau tersalah teknik regangan juga boleh menyebabkan kekejangan kaki.

Punca paling umum ialah kekurangan kalsium didalam tubuh pasti akan menyebabkan kekejangan kaki.

TIPS MENGATASI KEJANG KAKI

Caranya tersangat mudah anda perlu:

Memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi seperti pengambilan suplemen kalsium

Makan makanan yang mengandungi kalsium seperti susu, keju, yogurt, sayuran hijau, ikan salmon dan banyak lagi. Namun anda perlu ingat bahawa makanan yang telah dimasak mungkin akan menyusut kandungan zat jika dimasak terlalu lama atau didalam suhu yang terlampau tinggi menyebabkan kandungan zat akan hilang semasa proses memasak.

Elakkan berdiri terlalu lama

Lakukan regangan otot jika duduk terlalu lama.

Minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

Lakukan regangan kecil sebelum tidur

Tinggikan kaki ketika tidur. Alas dengan bantal.

Urut kaki dengan minyak panas atau urutan biasa sebelum tidur

TESTIMONI SELAMA 2 TAHUN MENGGUNAKAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Saya merupakan pengguna tegar OSTEMATRIX SHAKLEE. Selepas melahirkan anak yang pertama pada September 2012 hingga kini memang sentiasa amalkan pengambilan ostematrix nih. Saya memang mengalami masalah kekurangan kalsium sejak dari zaman sekolah lagi. Masa sekolah form 4 tinggal di asrama apabila tengah malam terlalu sejuk memang akan terkena kejang kaki. Kadang-kadang 2 kali kena dalam 1 malam. 

Bila pergi jumpa doktor cuma nasihatkan amalkan pengambilan susu. Saya memang tak suka minum susu. Memang tak boleh nak telan. Masalah ini berlanjutan sehingga mengandung anak yang pertama. Hampir setiap malam terkena serangan kejang kaki ketika tidur. Memang menyeksakan. Minum juga susu anlene masa bujang dulu, susu anmum masa mengandung hasilnya tetap tak memuaskan.

Alhamdulillah selepas pengambilan kalsium ostematrix nih masalah kejang kaki saya dah takde. Syukur alhamdulillah. Bukan itu sahaja bahkan masalah sukar membuang air besar selepas melahirkan anak yang pertama juga berjaya diatasi kerana terdapat kandungan magnesium yang membantu memudahkan rembesan sisa keluar dari perut dan usus. Seronok kan apabila kita berjaya atasi masalah yang kita hadapi. Syukur sangat Allah pertemukan saya dengan Shaklee. Masalah kesihatan saya bertambah baik.

Pengalaman pegambilan ostematrix mungkin berbeza bagi setiap orang. Jom kita tengok TESTIMONI LAIN PENGGUNA OSTEMATRIX SHAKLEE

Jika anda ingin mendapatkan produk shaklee serta konsultasi percuma hubungi kami segera:-

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

No comments:

Post a Comment