2
As Salam. Salam Sejahtera.

Masih belum terlambat Cie nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger sekelian. Tiada persiapan yang meriah kalau raya haji nih. Kuih-kuih raya pun tak buat. Kebetulan pulak tahun nih raya korban turn raya kampung encik suami so menu diorang apa pun tak tau. Hihihi. Mana nak tau dah petang baru balik sana. Banyak urusan petang tuh encik suami pasang kanopi ada orang nak sewa pastu pulak hujan sangat la lebat. Dah reda hujan baru gerak balik. Mujur la 15 jam minit je. Hihi. Memang tak pernah rasa jem balik kampung.


Adik Rania selamat dah tidur sebelum jalan raya. Kakak Raisha baru berangan nak tidur

Memang langsung takde apa-apa persiapan. Baju raya anak beranak pun takde. Kesian kan. Babah pakai baju melayu lama, ibu lagi kesian pakai baju kerja je, Kakak Raisha pakai baju masa birthday hari tuh baju mak anjang bagi, adik Rania pulak pakai baju Kakak Raisha masa kecik dulu. Hihi. 
Sebab kebiasaan raya haji memang takde buat apa-apa. Kalau raya kampung sendiri lagi la tak payah baju raya pun takpe memang tak jalan-jalan pun. Tapi balik kampung encik suami memang beraya la ke rumah saudara mara diorang. 3 buah rumah je tak banyak.

3 buah rumah je pun makan tak hingat. Masa kat rumah dah makan lemang dengan rendang. Mak mertua buat pecal tapi i ols nih memang tak minat pecal. So makan lemang dengan rendang jela. Rumah pertama rumah makcik encik suami dah makan lontong. Sedap pulak lontong dengan sambal tumis ikan bilis tuh. Kalau kat rumah sendiri mau bertambah dah. Hahaha.
Rumah kedua pulak rumah sepupu encik suami menu mee tomyam. Sikit jela makan sebab kenyang lagi lontong tadi pun belum sempat turun. Rumah ketiga rumah sepupu encik suami jugak. Kali nih menu nasi air pulak. Harus la ku bedal dah lama ku mau makan nasi air.

So settle 3 buah rumah je. Balik rumah tukar baju. Masing-masing kekenyangan & kepenatan apa lagi 4 beranak landing terus tidur. Hahaha.

Gambar-gambar kat bawah nih ihsan dari kakakku. Dia snap & whatsapp kat Cie. Adik Rania je masuk akikah. Kakak Raisha dah buat dulu.

Nasib la takde kat tempat kejadian kalau tidak harus ke meleleh air mata tengok. Tak sampai hati.


Tengok ayahnda ku relax je berkain pelikat. Hihi. Yang berbaju purple itu abang ku yang bertanggungjawab untuk menyembelih.

Ambik masa juga nak jatuhkan lembu tuh. Sembelih sambil dia baring. Pernah sekali kot tengok memang sedih.

Itu jela alkisah aidiladha ku bersama keluarga. Tak sempat pun nak berposing anak beranak. Semoga dipanjangkan usia supaya dapat menjalani ibadah korban lagi pada tahun hadapan.

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

Post a Comment Blogger

 
Top