Breaking News

Sunday, 12 October 2014

Jangan Buka Aib Orang


As Salam. Salam Sejahtera.

Hampir jam 2 pagi dah tapi mataku belum mengantuk. Masih segar gitu. Baru selesai update entry. Sambung lagi tulis entry nih pulak. Hihi.

Actually quote image nih Cie dapat kat google. Kebetulan tengah google kata pujangga untuk renungan diri sendiri tetiba jumpa qoute nih. Hadis riwayat muslim, abu daud dan tarmizi.

Sangat tertarik dengan hadis nih. Memang sangat betul apa yang terkandung didalamnya. Ramai dikalangan kita gemar sangat mengumpat. Bukan nak kata orang la i pun kadang-kadang termengumpat jugak. Haha. 

Macam best mengumpat tapi dosanya sangat besar selagi tak diampunkan oleh orang yang kita umpatkan tuh. Bukan tuh je buka pulak aib orang kat media sosial sekarang nih cukup terkenal duk kutuk mengutuk kat facebook, maki hamun kat twitter, keji mengeji kat blog dan banyak lagi la.

Bila dah tersebar di media sosial ramai la pulak tukang share. Pastu tolong tambah-tambah pulak tuh kutuk mengutuk. Yang tak tahu hujung pangkal pun tak mau mengalah semua nak jadi hebat.

Masyaallah mintak dijauhkan dari perkara begitu. Hidup nih hanya pinjaman. Bila-bila masa je Allah boleh ambil balik hak dia. Apa yang kita ada sekarang semua pinjaman je.

Ya Allah ampunkan dosa ku, dosa suamiku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa kaum keluarga ku, dosa guru-guru ku, dosa guru kepada guru ku. Dosa sekelian muslimin muslimat mukminin mukminat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Tetapkan hati kami, jauhkan kami dari melakukan perkara mungkar. Sesungguhnya kami lemah, kuatkanlah kami. Sesungguhnya kami lalai, ingatkan kami. Sesungguhnya kami tidak tahu, ajarilah kami. Amin.

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

Popular Posts

Blog Archive