Wednesday, 15 October 2014

Permata Hati Ibu

As Salam. Salam Sejahtera.

Time baik ok la layan adik. Time dia marah kang adik nak pegang mainan pun tak boleh.

Dikurniakan 2 orang permata hati buat ibu rasa bahagia sangat-sangat. Bila balik kerja tengok muka anak-anak terus hilang segala penat mengadap kerja kat office. Tengah kerja pun rasa rindu. Rasa tak sabar nak balik pukul 5. Kalau la dapat jadi 'working at home mom' kan best. Sepanjang masa dengan anak-anak.

Alhamdulillah ibu ada 2 orang anak perempuan yang comel dan bijak macam ibu. Hihi. Tak sabar nak tunggu anak-anak ibu besar. Boleh tolong ibu buat kerja rumah. Kakak Raisha pun memang rajin sangat sekarang tolong ibu. Selalu tolong lipat baju dalam bakul tapi baju kotor la. Haha. Tapi takpe dah nampak kerajinan tuh kan.


Kakak Raisha lipat baju kotor

Rajin kan tolong iron baju sekolah abang

Jangan dah besar nanti malas sudah la kan. Hahaa. Insyaallah anak-anak ibu pasti rajin tolong ibu bila dah besar.

Kakak makan chewable vita-c

Kakak suka sangat makan chewable vita-c nih. Tahan masam relax je kunyah. Kadang-kadang ambil sendiri. Selalunya dia mintak 'ibu nak tamin shee'. Ada sekali hari tuh mintak 'ibu nak a b shee'. Ibu pun pelik la apa pulak dia nak. Dia tunjuk. Rupanya chewable vita-c la. Hihi. Adik teringin je tuh tengok kakak makan.

Meal Shakes pernah try bagi sekali je. Selera melampau-lampau pulak kalau bagi meal shakes je. So bila dah habis hari tuh ibu stop jela. Continue vitamin c je. So far kakak memang takde problem makan dan sembelit. Memang dia suka makan sayur, buah, kismis, roti, biskut, mi, pasta. Nasi ikut mood dia. Kalau time dia nak makan tuh banyak la makan. 

Adik Rania nanti tak tau la kerenah macam mana pulak. Hopefully tak banyak kerenah macam kakak. Ibu doakan Kakak Raisha dan Adik Rania berjaya dunia akhirat, jadi anak yang solehah. Ibu mintak maaf kalau ibu tak jalankan tanggungjawab ibu dengan baik. Ibu cuba bagi yang terbaik untuk kamu berdua sayangku.

Salam Sayang dari Ibu yang comel buat anak-anak ibu yang lagi comel. Hihihi

4 comments:

  1. comel je anak2 akak ni...kite plak tak sabar nak ada anak sendiri... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Insyaallah sampai juga masa nanti. :)

      Delete
  2. comelnya..pandai mengayakan mcmana nk iron baju:):) bijak2:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) apa orang dewasa buat dia nak ikut jugak.

      Delete