Sunday, 26 October 2014

Resepi Makanan Bayi 8 Bulan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Ibu memang takde idea dah nak masak apa la untuk Syafiyah Rania nih. Bubur nasi tengok dia macam dah bosan nak makan. Yelah sejak umur 6 bulan ibu asyik bagi makan bubur nasi dan puri je mau tak bosan budak tuh kan. Dia pun ada perasaan jugak. Hahaha.

Ibu pun gigih mencari koleksi MAKANAN BAYI 8 BULAN kat google walapun 6 November nih dah masuk 9 bulan dah tapi disebabkan gigi pun takde lagi kena la buat makanan yang lembut je. Buku dah ada beli tapi macam tak banyak sangat resepi menarik.

300 ++ RESEPI DAN PANDUAN LENGKAP PEMAKANAN ANAK


lebih 300 koleksi resepi dan panduan lengkap bagi pemakanan anak-anak bermula dari usi 6 bulan hingga 4 tahun

Pagi tadi jela ibu buat fresh food. Lepas buat terus bagi makan since dari semalam lagi Rania asyik la refused frozen solid food tuh. Ibu try bagi makan chick peas dan green peas. Mujur la dia makan habis la jugak semangkuk tuh.


CHICK PEAS DAN GREEN PEAS PUREE



Bahan-bahan:
3 sudu besar chick peas (kacang kuda dalam tin)
2 sudu besar green peas (kacang peas dalam tin)

Cara Membuat:
  1. Mula-mula sekali ibu basuh dulu chick peas dan green peas tuh. Ibu just ambil isi je air ibu buang.
  2. Masukkan ke dalam pengisar bersama dengan air masak kemudian kisar sehingga hancur.
  3. Masukkan ke dalam periuk ibu masakkan sekejap je dah mendidih ibu tutup api.
  4. Dah siap untuk dimakan.

PURI KELEDEK DAN PURI KENTANG



Puri keledek dan kentang nih sama je dengan RESEPI PURI CARROT. Brokoli dan bunga kobis tuh just kukus je tak perlu kisar. Nanti kalau nak makan lenyekkan je.


GRAVY AYAM (KUAH AYAM) DAN GRAVY KURMA (KUAH KURMA)

Lupa pulak nak snap picture tadi. Idea nak masak gravy atau kuah nih ibu google semalam terjumpa resepi dorang buat gravy untuk mashed potato tuh yang terus ibu buat. Senang je sama macam nak buah sos lada hitam.

Bahan-bahan:
1 sudu teh minyak jagung (boleh guna olive oil dan unsalted butter)
1 biji bawang putih dicincang
1/2 biji bawang besar dicincang
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar susu tepung dibancuh bersama 1 cawan air (susu anak-anak) boleh jugak guna low fat milk

Bahan-bahan Sampingan:
3 biji kurma dihiris nipis
2 sudu besar isi ayam cincang

Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak jagung didalam 'non stick pan' atau kuali biasa pun boleh. Setelah minyak panas masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumiskan hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan pula tepung gandum dan kacau seketika.
  3. Terus masukkan bancuhan susu tepung dan kacau sehingga tidak berketul.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian kekal didalam 'non stick pan' dan 1 bahagian lagi dimasukkan ke dalam periuk. Ini bertujuan untuk mengasingkan kuah ayam dan kuah kurma.
  5. 1 bahagian dimasukkan kurma dan 1 bahagian lagi dimasukkan isi ayam cincang.
  6. Biarkan sehingga kuah pekat.
  7. Ketepikan dan sedia untuk digunakan setelah sejuk.

Akhir sekali just masukkan kesemua bahan diatas tadi ke dalam bekas. Agih-agihkan bahan-bahan tadi mengikut kreativiti masing-masing. 


Cara Nak Agihkan Puri Kedalam Bekas

  1. Masukkan  2 sudu puri kentang atau puri keledek kedalam bekas.
  2. Kemudian masukan brokoli kukus atau bunga kobis kukus.
  3. Masukkan pula kuah ayam atau kuah kurma.
  4. Siap. Masukkan ke dalam freezer untuk dibekukan.
Harapan ibu semoga anak ibu sukakan makanan yang ibu buat nih. Ibu hanya ingin berikan khasiat yang terbaik untuk anak-anak ibu. Insyaallah ibu cuba buat yang terbaik selagi ibu masih bernyawa.

2 comments:

  1. tq sharing. buat bekalan untuk masa hadapan. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a betul. tunggu kahwin dulu. hehehe... kena bookmark la macam ni ^^,

      Delete