Kuala Lipis Dilanda Banjir Besar - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 25 December 2014

Kuala Lipis Dilanda Banjir Besar

Kuala Lipis Dilanda Banjir

Tercatit satu sejarah pada Disember 2014 daerah Kuala Lipis, Pahang dilanda banjir yang sangat besar. Banyak kampung-kampung ditenggelami air.

Bermula 21 Disember hujan turun tanpa henti. 22 Disember masa pergi kerja tengok aras sungai dah mulai naik. Hujan memang tak henti-henti. Ada beberapa kampung dah ditenggelami air dah.

Petang masa nak balik kerja dah tak berani nak ikut laluan utama tuh. Sebab jambatan dah hampir nak tenggelam. Mujur ada laluan alternatif. Itu pun belum tentu boleh lalu. Tawakal jela petang tuh. Alhamdulillah masih boleh lalu tapi aras air terus naik.

24 Disember gigih lagi pergi kerja sebab nak siapkan terima barang untuk belian bekalan dapur. Tengok info terkini kat facebook keadaan bertambah buruk. Masa datang kerja pun tengok padang MDL dan SMK Clifford dah tenggelam.

Air dah mula naik ke atas jambatan dilaluan utama kami nak ke bandar. Hati dah mula risau. Terus cepat-cepat siapkan kerja. Dalam hati berdoa je dengan harapan laluan Felda Kechau masih boleh lalu. Ku redah je sebab fikirkan anak-anak.

Alhamdulillah berjaya juga melalui kesemua jambatan yang ada. 2 buah jambatan dah hampir nak tenggelam. Ya Allah sungguh besar dugaan mu buat kami rakyat pantai timur.

Bukan setakat banjir, bekalan air dan elektrik juga terputus. Talian handphone juga terputus. Bertambah lagi dugaan buat kami. Syukur kampung Cie tak dilanda banjir cuma kami terputus hubungan nak ke bandar. Mujur dari kampung kami nak ke bandar ada 2 laluan. Laluan utama tuh memang dah tenggelam 2 buah jambatan. Laluan alternatif Felda Kechau masih boleh dilalui lagi.

Bandar Kuala Lipis juga hampir nak tenggelam. Aras air terus naik. Doa tak putus ku panjatkan supaya kami semua dilindungi serta dipermudahkan segala urusan kami.

Banyak laluan nak ke bandar Lipis ditutup kerana paras air telah naik ke atas jalan raya. Lebih kurang 7 laluan nak ke bandar Lipis ditutup. Encik suami nak balik pun tak lepas dah terkepung kat rumah mak.

Macam mana lah nasib beberapa kampung yang tenggelam dan langsung terputus hubungan. Bantuan dari pelbagai pihak sudah dihulurkan bagi meringankan beban. Bila keadaan begini terjadi membuktikan kekuasaan Allah. Hanya kepada Allah jua tempat kita mengadu nasib.

Alhamdulillah hari nih bekalan elektrik dan line handphone dah pulih. Cuma bekalan air je masih belum ada.

Doakan semoga musibah ini berkurangan.

Hanya doa mampu kita hulurkan

Padang MDL sebelah hospital masih ok lagi. Esoknya jalan nih dah tenggelam

SMK Clifford dah tenggelam. Pandangan dari parking hospital

Padang MDL semakin naik air. Pandangam dari parking hospital

Jalan Jelai Bandar Lama Kuala Lipis juga ditenggelami air

Sungai Jelai pandangan dari bandar lama

Laluan depan TNB Lipis turut tenggelam

Padang MDL yang tenggelam

Lori je lepas lalu

Arus sungai jelai sangat deras. Pandangan dari Masjid lama Kuala Lipis

Jambatan Shell Kampung Seberang Jelai tenggelam

Laluan utama nak ke bandar. Jambatan padang tengku ketika nih masih boleh dilalui. Selepas nih air terus naik melepasi pagar jambatan




Hanya pada Allah tempat kita memohon pertolongan.

No comments:

Post a Comment