7 Cara Miliki Kulit Flawless - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 14 January 2015

7 Cara Miliki Kulit Flawless

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ramai diantara kita mengidamkan kulit yang cantik dan sihat. Tetapi amatlah sukar namun tak mustahil tau. Jom kita cuba insyaallah dengan izin Allah.



Terdapat banyak cara untuk kita dapatkan kulit wajah yang flawless. Produk pun ada. Secara alami pun ada. Bergantung atas kesesuaian.

7 CARA MILIKI KULIT FLAWLESS



1. Kulit muka sensitif kepada kekotoran maka keraplah membersihkan skrin telefon bimbit kita kerana habuk-habuk yang melekat di skrin boleh menyebabkan jerawat akan membiak di bahagian pipi.





2. Skrub sangat penting untuk kita amalkan supaya dapat menanggalkan sel-sel kulit mati. Amalkan sekurang-kurangnya 3 4 kali seminggu.





3. Air masak sangat penting untuk kita minum dengan secukupnya minimum 8 gelas sehari. Atau 25kg berat bersamaan 1 liter air. Bagus tau minum air masak banyak-banyak untuk lancarkan sistem perkumuhan kita.





4. Rambut sangat penting dijaga dengan rapi. Kotoran dari persekitaran yang melekat pada rambut akan menyebabkan kotoran tersebut akan terkena muka lebih-lebih lagi jika tidur berlapikkan rambut.





5. Produk penjagaan wajah pun paling penting untuk kita ambil berat. Jangan ambil mudah ye. Pilih yang betul-betul sesuai dengan kulit dan tidak meninggalkan kesan sampingan kepada kulit wajah. Bab nih memang susah sikit. Kena cuba pastu baru tahu hasil kan.





6. Buat urutan wajah sekurang-kurangnya 1 - 3 minit sehari supaya peredaran darah dapat mengalir dengan baik. Boleh juga disapu dengan krim wajah untuk memanjakan kulit kita. Kalau rajin boleh la pergi spa dan buat rawatan muka.





7. Makanan juga penting untuk kita jaga tau. Ia memainkan peranan jugak. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E, vitamin C, protein. Elakkan makanan berlemak dan berminyak. Nak paling best ambil suplemen.



Senang kan 7 tips nih tapi kadang-kadang sukar untuk kita lakukan. Diharap dapat membantu Cie dan anda semua supaya kulit wajah akan lebih bersih dan sihat.

4 comments: