Monday, 12 January 2015

Sesi Persekolahan 2015

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari nih sesi persekolahan 2015 telah bermula setelah ditangguhkan akibat dari banjir yang melanda negara baru-baru ini. Tapi ada jugak lagi sekolah yang masih ditutup.




Kesian mangsa banjir pergi sekolah pakai baju biasa dan selipar je. Tapi semangat untuk ke sekolah mengatasi segalanya.

Penuh newsfeed facebook daku hari nih. Kebanyakkan mak-mak duk upload gambar anak-anak hari pertama sekolah. Seronok tengok. Tak sabar nak tunggu makcik kenit 2 orang nih nak sekolah. Hihihi.



Teringat zaman sekolah dulu terus masuk darjah 1. Skip sekolah tadika. Hihi. Anak guru besar la katakan. Seronok sangat masa zaman kanak-kanak. Rasa nak je putar balik masa.

Sangat banyak kenangan masa sekolah. Liat nak bangun pagi-pagi. Selalu duk fikir bila nak besar nih. Bila dah besar sibuk nak jadi kecik pulak kan. Hihihi. Zaman kanak-kanak paling best.


Ok jom masuk kelas. Nanti cikgu rotan. Haha

No comments:

Post a Comment