Kenapa Kita Perlu Jadi Kaya? - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 6 February 2015

Kenapa Kita Perlu Jadi Kaya?

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

KENAPA KITA PERLU JADI KAYA?


" KEKAYAAN BUKANLAH DIUKUR DENGAN BANYAKNYA HARTA. NAMUN KEKAYAAN ADALAH HATI YANG SELALU MERASA CUKUP."

(Hadis direkodkan oleh Iman Bukhari)


Apa erti kekayaan pada kita?

Ada yang mendefinisikan kekayaan seperti mempunya harta yang sangat banyak. Memiliki rumah besar, kereta mewah, pakaian mahal serta berjenama. Tapi harus diingat bahawa ini semua sebenarnya bukan kekayaan tetapi hanyalah lambang kemewahan sahaja. Jika kita hanya mengumpulkan simbol maka dalam hati kita pasti sentiasa berasa tidak puas dan tidak cukup. Kekayaan bukan terletak pada simbol.


Kenapa Perlu Kaya?

Didalam al-Qurab terdapat perkataan zakat disebut sebanyak 32 kali, sebanyak 26 kali digandingkan dengan perkataan solat dan sebanyak 12 kali disebut perkataan sedekah. Islam menyuruh kita mencari harta supaya kita dapat membayar zakat.

7 Sebab Kenapa Perlu Menjadi Kaya

  1. Apabila ibu atau bapa kita masih belum MAMPU menunaikan Rukun ISlam ke-5 iaitu menunaikan Haji, siapakah perlu membantu mereka menunaikan hajat dan impian mereka? Tergamakkah kita mengatakan yang kita juga tidak mempunyai duit.
  2. Jika ibu bapa kita memerlukan duit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka untuk sesuap nasi, seteguk air, siapakah yang perlu menanggung mereka? Sanggupkah kita mengatakan bahawa kita juga tidak cukup makan.
  3. Apabila kedua ibu bapa kita sakit, siapakah yang akan menguruskan bil-bil klinik, hospital serta kos perubatan mereka? Adakah kita sanggup untuk berdiam diri. Mereka tidak pernah meminta kerana mereka sangat memahami keadaan kita sedangkan kita tidak pernah memahami mereka,
  4. Jika ibu bapa kita sedang bersedih dan kesunyian, tiada kaum keluarga datang menjenguk. Kita sentiasa memberi alasan SIBUK. Mereka perlukan kita kerana mereka berasa sunyi.
  5. Andai kata ibu bapa kita ditakdirkan meninggal. Siapakah yang berada disisinya untuk menguruskan jenazah. Adakah kita sanggup untuk menguruskan jenazah mereka.
  6. Mampukah kita menguruskan ibu bapa kita jika mereka sudah tidak mampu untuk menguruskan diri? Ibu bapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka berkorban untuk memastikan mereka dapat memberikan yang terbaik untuk kita.
  7. Apabila kedua ibu bapa kita meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah kita memberi tanpa sebarang alasan? Walau apa pun yang kita lakukan buat mereka kita masih tidak mampu untuk membalas jasa mereka kerana setitik susu ibu, setitik keringat ayah tidak ternilai harganya.

Disebabkan itulah kita perlu menjadi kaya supaya kita dapat memberikan apa sahaja untuk kedua ibu bapa kita. Mungkin mereka tidak meminta balasan dari kita tetapi sebagai anak yang bertanggungjawab kita perlu laksanakan tanggungjawab kita.

Pelbagai kaedah yang kita boleh lakukan untuk menjadi kaya. Antara yang sangat biasa kita lakukan ialah menjalankan perniagaan kerana 9/10 dari punca rezeki adalah perniagaan.


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ الْغِنَى كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الغِنَى غِنَى النَّفْس

Sabda Rasulullah SAW : "Bukanlah kekayaan itu karena banyak harta, tetapi kekayaan itu adalah kaya hati."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam Islam harta akan benar-benar menjadi milik kita sekiranya kita banyak bersedekah, membayar zakat serta wakaf. Walaupun harta kita 'berkurangan' tetapi sebenarnya ia bertambah dan pasti menjadi milik kita. Yang penting keikhlasan datang dari hati kita.

Buangkan pemikiran kita tentang 'KAYA' yang mempunyai kereta mewah, rumah mewah sebaliknya cari lah KEKAYAAN untuk bekalan diakhirat kelak.



ADAKAH ANDA ORANG YANG KAMI CARI UNTUK MENGISI KEKOSONGAN SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE ?
HUBUNGI KAMI SEGERA:


Roziah/Ci'e (admin)
012 9755310 
COD: Kuala Lipis


Anda juga boleh menghubungi pengedar kami yang lain Senarai Pengedar di Seluruh Malaysia










1 comment:

  1. Betul tu. Berbaktilah kepada ibubapa selagi mereka masih hidup. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete