Tempat Menarik di Kundasang - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 11 February 2015

Tempat Menarik di Kundasang

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

KUNDASANG, SABAH


Tadi tengok romantika kat astro. Tak sure ulangan ke atau memang rancangan tuh malam nih. Astro kan suka ulang-ulang siaran. Huhuhu. Romantika Azza Elite kat Kundasang Sabah. Wow nampak menarik la pulak Kundasang nih. Macam sejuk je tempatnya. Tiba-tiba macam teringin pulak nak ke sana. Tapi boleh pulak husband i tak tau Kundasang tuh kat mana. Alahai.

Sebelum betul-betul dapat jejak kaki ke sana kena la berangan dulu kan. Sebelum berangan tuh kita tengok kat pakcik google je sejarah tentang Kundasang dan tempat-tempat menarik kat sana. Bayangkan yang dah sampai kat sana. Hihihi.

TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG


Actually Kundasang nih pekan kecil je terletak berhampiran dengan Gunung Kinabalu. Patut la nampak macam sejuk je tempat tuh. Lebih kurang 6 km je dari Taman Negara Kinabalu. Memang ramai la pelancong bekunjung kan tempat sangat menarik. Lebih kurang macam Cameron Highlands la Kundasang nih. Sumber pendapatan mereka pun memang pertanian.

Disebabkan Kundasang nih merupakan tempat perlancongan, di sekitar Kundasang terdapat juga kemudahan seperti hotel, motel, challet dan home stay untuk keselesaan pelancong. So kalau nak berkunjung ke sana tak perlu risau mana nak menetap kan.


DESA CATTLE (LADANG LEMBU MOSILOU)


Desa Cattle nih dikenali juga sebagai Projek Tenusu Desa yang terletak sejauh 8 km dari pekan Kundasang. Terdapat lebih 680 ekor lembu tenusu yang diusahakan oleh Desa Cattle (S) Sdn. Bhd termasuk juga baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia.


GUNUNG KINABALU


Merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu setinggi 4095 meter. Gunung ini dianggap gunung keramat yang didiami oleh roh-roh moyang kaum Kadazan Dusun yang tinggal di situ.


KOLAM AIR PANAS PORING


Kolam air panas nih terletak lebih kurang 43 km dari Taman Kinabalu di sempadan sebelah timur. Ia terletak di kawasan tanah rendah dan para pengunjung boleh memilih sama ada untuk berendam di kolam air panas terbuka atau tertutup. Air panas di situ mengandungi sulfur yang dikatakan mempunyai khasiat dan mampu menyegarkan badan dan sendi-sendi yang lenguh.


LADANG TEH SABAH



Terletak kira-kira 2 jam pemanduan dari bandar Kota Kinabalu dan 30 minit dari Pekan Ranau. Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Memang sangat indah. Dah terbayang akan keindahan permadangan ciptaan tuhan walaupun tak pernah jejak ke sana lagi.


KUNDASANG WAR MEMORIAL


Kundasang War Memorial merupakan sebuah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Terletak di bahagian belakang deretan kedai pekan Kundasang.


TAMAN NEGARA KINABALU


Taman Negara Kinabalu merupakan taman negara yang tertua dan paling popular di rantau ini. Ia telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia sebagai pengesahan masyarakat antarabangsa terhadap khazanah hutan yang terdapat di sana.

TAGAL, SUNGAI MOROLI, KG. LUANTI



Tempat nih paling best kot sebab banyak ikan-ikan jinak yang akan bermain dan mengerumuni kita. Ia terletak di Kampung Luanti Baru lebih kurang 10 km dari Pekan Ranau.



Menarik kan Kundasang nih. Rasa macam nak pergi sekarang je. Hahaha. Insyaallah 1 hari nanti pasti sampai ke sana. Gambar semua ihsan encik google, Keterangan tempat pun semua google je. Almaklumla belum pernah jejak kaki ke Sabah Negeri di bawah bayu.






Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:
Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)


Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

3 comments:

  1. Diana nama jak tinggal kat sabah tapi baru poring jer pernah pergi...hihi

    ReplyDelete