4 Cara Sendawakan Bayi - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 29 March 2015

4 Cara Sendawakan Bayi

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Kenapa Bayi Perlu Sendawa Selepas Menyusu?


Sendawakan bayi selepas menyusu sangat lah penting kerana sejumlah kecil udara akan masuk ke dalam badan bayi dan udara ini akan terperangkap didalam perut bayi. Udara ini tidak boleh keluar dengan sendiri melainkan melalui sendawa yang akan mengeluarkan udara yang terperangkap.

Jika tidak dilakukan, udara yang terperangkap akan membuatkan bayi berasa tidak selesa dan sangat berbahaya. Ini akan menyebabkan bayi boleh tersedak susu apabila bayi ditidurkan terus selepas menyusu tanpa disendawakan.

Kembung perut juga boleh berlaku jika bayi tidak disendawakan selepas menyusu. Tanda-tanda bayi mengalami kembung perut biasanya bayi berumur kurang dari 3 bulan, menangis dan menjerit tanpa henti, kaki ditarik ke dada semasa menangis.

Sendawakan bayi selepas menyusu sangat lah penting kerana sejumlah kecil udara akan masuk ke dalam badan bayi dan udara ini akan terperangkap didalam perut bayi. Udara ini tidak boleh keluar dengan sendiri melainkan melalui sendawa yang akan mengeluarkan udara yang terperangkap.


4 Cara Sendawakan Bayi


1.      Bahu
Gendung bayi anda posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap perlahan bahagian belakang  sehingga dia sendawa.

2.      Meniarap di pangkuan
Meniarap bayi anda pada salah satu paha anda. Kemudian usap-usap belakangnya dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi dari badannya.

3.      Duduk menghadap ke depan
Biarkan bayi anda duduk dalam pangkuan anda dengan selesa.  Condong ke depan, gosok dan tepuk-tepuk punggungnya dengan jari-jemari anda sehingga udara dalam badannya keluar.

4.      Dukung
Dukung bayi sambil mengajaknya berjalan-jalan di dalam rumah, gunakan sebelah tangan anda untuk menggosok bahagian belakangnya. 

Ibu-ibu jangan ambil mudah tau. Selepas menyusukan bayi pastikan bayi disendawakan terlebih dahulu sebelum ditidurkan.

Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: roziah_muhammad_nor
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

No comments:

Post a Comment