5 Barang Larangan Naik Pesawat

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.


5 Barang Larangan Naik Pesawat


Kalau pertama kali naik pesawat mesti tertanya-tanya barang apa yang boleh dibawa. Barang apa yang dilarang. Biarpun sudah banyak kali naik kapal terbang, tetapi percayalah bahawa setiap kali bercuti pasti ramai antara kita tertanya-tanya sama ada barang yang dibawa dan dibeli boleh di bawa bersama naik pesawat atau sebaliknya.

Antara barang larangan yang dilarang dibawa menaiki pesawat ialah:


Barangan Tajam

Gambar: sumber ihsan google

Jangan menganggap gunting kecil, mata pisau pencukur, pembuka botol, pemotong kuku dan apa saja barangan tajam boleh dibawa dengan alasan untuk kemudahan anda. Namun, anda dibenarkan bawa sekiranya melalui bagasi besar dan bukannya melalui beg tangan yang anda bimbit kerana khuatir boleh dijadikan senjata.


Peralatan sukan

Gambar: sumber ihsan google

Tidak kiralah sama ada anda seorang atlet, apa saja barang peralatan sukan yang boleh dijadikan senjata dilarang naik ke dalam pesawat. Meskipun barangan ini tumpul seperti tongkat atau raket tenis tetapi ia boleh mendatangkan kecederaan terhadap penumpang kerana saiznya yang besar dan boleh mengganggu orang ramai menyimpan barang-barang.


Alat penyembur

Gambar: sumber ihsan google

Jawapan ini mungkin membantu wanita mengapa anda tidak dibenarkan membawa penyembur rambut, minyak wangi, racun serangga, penyembur lada, tin isian pemetik api dan semua jenis alat penyembur kerana ia mengandungi kandungan gas yang boleh menyebabkan kebakaran. Bahan ini boleh meletup dengan mudah akibat suhu panas. Tetapi anda boleh membawanya melalui bagasi besar.


Barangan cecair

Gambar: sumber ihsan google

Cecair yang dilarang dibawa naik pesawat adalah seperti minyak dan cecair pemetik api. Bagi cecair yang tidak mendatangkan bahaya mestilah dimasukkan ke dalam satu bekas yang tidak melebihi 100ml dan perlu dibungkus ke dalam plastik yang diikat ketat.  Namun, cecair yang dikecualikan lebih dari had yang dibenarkan seperti ubat, makanan dan susu bayi dibolehkan bawa naik pesawat.


Buah-buahan

Gambar: sumber ihsan google

Ada di antara buah-buahan tempatan yang tidak dibenarkan naik pesawat kerana khuatir baunya yang boleh mengganggu ketenteraman penumpang. Buah seperti durian terkenal dengan baunya yang sangat kuat dan tajam. Bau durian boleh menyebabkan  penumpang yang tidak tahan boleh mual, muntah bahkan pengsan! Selain durian, buah kuini dan cempedak juga tidak dibenarkan.

Sudah pasti kita merasa rugi jika tidak boleh membawa barang-barang yang dikatakan boleh membantu memudahkan percutian dan menjadikan buah tangan untuk orang yang menanti. Jika anda bijak menyimpan dan selagi tidak mendatangkan masalah kepada orang lain, anda boleh membeli dan membawanya untuk dibawa pulang dengan selamat. Ada berani?











Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)
Share this article:

4 comments: