Wednesday, 22 April 2015

Follow Up Hemangioma

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari nih ibu cuti sebab kakak ada appointment dengan doktor kat Hospital Lipis untuk follow up hemangioma kat dahi kakak tuh. So far nothing serious sebab fizikal kakak aktif je. So doktor memang decide tak nak buat apa-apa sebab memang tak memudaratkan.

Muka kakak takut nak jumpa doktor. Hihi


Actually kakak kena hemangioma nih masa umur 2 minggu. Masa tuh ibu tak perasan pun sebab tak nampak sangat keluar tanda merah kat dahi tuh. Mula-mula ingatkan kesan darah masa tampar nyamuk. Gosok-gosok tapi tak hilang. Sampai la masa umur kakak 7 bulan pergi cek kat klinik swasta kat Lipis. Rasa macam tak puas hati dengan jawapan doktor klinik tuh terus je refer ke klinik pakar Hospital Lipis untuk pemeriksaan lanjut.


Kat dahi kakak tuh la hemangioma


Masa mula-mula jumpa pakar mereka memang tak cadang nak buat apa-apa. Sebab kata mereka tak bahaya. Mereka refer ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan pakar kulit kanak-kanak. Doktor kat sana kata nothing serious since kakak takde perubahan apa-apa. Dia aktif dan semua tumbesaran dia normal. So doktor kata tak perlu risau. Sebagai ibu mana tak risau. Betul-betul kat tengah dahi. Dah la perempuan kan mesti dia segan nanti kawan-kawan tegur.

Tapi ibu redha. Insyaallah takde apa-apa yang memudaratkan kakak. Malah kakak sangat bijak. Mulut tak berhenti bercakap. Ada je ayat keluar dari mulut kakak. Kadang-kadang orang ingatkan umur dia dah 4 5 tahun sebab petah sangat bercakap. Walhal baru la 2 tahun 7 bulan. Alhamdulillah syukur sangat.

Kalau pergi mana-mana mesti ramai tegur apa kat dahi kakak tuh. Biasa la sifat manusia nih ingin tahu. Kadang-kadang orang kata tanda lahir ke. Iyekan aje lah. Hihi. Nak explain pun panjang lebar.

Doktor tadi pesan kalau ada tanda pelik-pelik macam mata tak fokus, perut jadi keras dan kembung, tidur berdengkur agak kuat kena cepat-cepat jumpa doktor semula untuk pemeriksaan lanjut. Takut hemangioma tuh tumbuh kat tempat lain. Mudah-mudahan tak la kan.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

No comments:

Post a Comment