Saturday, 20 June 2015

Resepi Ayam Goreng Kicap

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Ramadhan dah masuk hari ketiga. Hari Sabtu so boleh la masak. Tanya kat kakak nak makan apa. Kakak request nak makan ayam goreng. Ok senang je tuh. Hihi. Sekali babah dia pulak bersuara. Ayam masak kicap katanya. Encik husband nih jarang tau request menu nih. Huhuhu.

Cie punya resepi ayam goreng kicap mudah sangat. Lain orang lain cara masakan. Ada yang letak kulit kayu manis la. Ada yang letak cili boh la. Macam-macam versi kan tapi nama tetap sama. Cie masak bahan apa yang ada kat rumah jela. Takde bahan yang pelik-pelik. Yang penting mudah disediakan.





Bahan-bahan Ayam Goreng Kicap

10 ketul ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
10gm carrot
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 ml kicap manis
Sedikit air

Cara Membuat Ayam Masak Kicap

1. Bawang putih, bawang besar dan halia dimayang.
2. Carrot dipotong 'julliene'.
3. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
4. Panaskan minyak kemudian gorengkan ayam hingga masak atau garing. 
5. Salinkan minyak menggoreng tadi kedalam bekas lain, tinggalkan sedikit untuk menumis. Didalam kuali yang sama tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga keperangan. Masukkan carrot dan kacau seketika.
6. Kemudiankan masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan kicap.
7. Kacau seketika dan masukkan ayam. Sedia untuk dihidangkan.

Kan senang je. Untuk tambahan bahan lain boleh letak bunga kobis, tomato, cili padi, cili besar dan sebagainya. Kita yang buat dia kan so boleh ikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba ^_^




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

9 comments:

  1. tQ share Tips :)

    http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/ jom singgah blog kite :)

    ReplyDelete
  2. Wah...x pnh lg buat ayam masak kicap guna sos cili dan sos tomato ni...ermmm menarik ni...boleh SA cuba

    ReplyDelete
  3. ini pembuka selera ni... thank you sebab bagi idea masakan di bulan-bulan Ramadhan ni kak... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. memang menyelerakan tak sedar je tambah nasi. opssss

      Delete
  4. adoi, tengok makanan petang2 macam ni.... sobs... sedapnya!!

    ReplyDelete