Resepi Ikan Bawal Emas Steam - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 27 June 2015

Resepi Ikan Bawal Emas Steam

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Berbuka tadi Cie masak Ikan Bawal Emas Steam. Minggu lepas pun ikan steam. Minggu nih pun steam. Hahaa. Belasah jela. Senang nak masak.

resepi ikan bawal emas steam


Resepi Ikan Bawal Emas Steam


Bahan-bahan Ikan Bawal Emas Steam

1 ekor ikan bawal emas
2 biji bawang putih - dimayang
1 biji bawang besar - dimayang
1 inci halia - dihiris nipis
1 batang serai - dihiris
1 kuntum bunga kantan - dihiris
2 biji cili padi - dipotong kecil
1/2 batang carrot - disagat halus
3 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Sedikit minyak masak

Cara Membuat Ikan Bawal Emas Steam

1. Bersihkan ikan. Letakkan didalam loyang.
2. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan halia, bawang putih dan bawang besar hingga layu.
3. Kemudian masukkan serai, bunga kantan dan cili padi. Kacau seketika dan tutup api.
4. Bancuhkan sos tiram dengan sedikit air.
5. Lumurkan ikan dengan bahan tumisan tadi kemudian masukkan sos tiram yang telah dibancuh tadi. Taburkan carrot di atas ikan.
6. Sedia untuk dikukus hingga masak.


Senang je kan buat ikan steam nih. Boleh juga letakkan cendawan butang, cendawan tiram, bunga kobis, brocolli dan banyak lagi. Kita buat dia so letak je apa yang kita suka. Hihi. Selamat mencuba ye ^_^



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment