0
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Weekend yang lepas tersangat rajin. Ketagih kalau tak dapat masak walau sekali. Hihi. Tapi ikut mood jugak. Kalau penyakit M datang tak boleh nak kata apa la kan. Mujur la husband bukan yang jenis suka request nak makan itu ini. Apa yang dihidang tuhla dimakan. Mudah kan. Hihi.

Maka terjadi lah nasi hujan panas yang sangat termudah sekali nak disediakan. Plan asal nak buat nasi minyak tapi tukar menu last minute. Nasi hujan panas versi daku sendiri. Yang penting sedap, mudah disediakan, cepat dihidangkan. Yang tak reti masak pun boleh jadi reti kalau follow resepi nih.



Resepi Nasi Hujan Panas


Bahan-bahan Nasi Hujan Panas

3 cawan beras
4 cawan air
3 sudu besar marjerin
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
2 biji bawang putih dicincang
1/2 biji bawang besar dicincang
Garam secukup rasa
Pewarna kuning dan hijau

Cara Membuat Nasi Hujan Panas

1. Cuci beras sehingga bersih dan toskan. Masukkan kedalam periuk bersama air mengikut sukata. Masukkan garam dan kacau rata.

2. Panaskan kuali kemudian masukkan marjerin. Tumiskan bawang putih, bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga layu.

3. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk dan biarkan sehingga hampir masak.

4. Ketika sudah hampir hendak masak, titiskan pewarna ke atas nasi dan biarkan sehingga masak.

5. Setelah nasi masak kacau rata nasi tersebut supaya pewarna tadi rata ke seluruh nasi.

6. Sedia untuk dihidangkan bersama ayam masak merah dan acar timun.

Cara titiskan pewarna ketika hampir masak. Setelah masak baru dikacau rata


Sudah nasi hujan panas daku. Senang kan. Bahan pun takdelah rumit sangat. Apa yang ada kat rumah je. Tak payah pening kepala kalau nak masak tak cukup bahan. Kita olah resepi tuh bagi jadi. Tapi kalau nak masak nasi beras takde kena lah beli beras. Hahaha. Selamat mencuba.

Post a Comment Blogger

 
Top