2
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Alhamdulillah ayah mendapat peluang kedua untuk menunaikan haji pada tahun nih. Walaupun dalam hati risau jugak nak biarkan ayah sendirian ke sana. Hanya mampu berdoa supaya ayah sentiasa dilindungi sepanjang berada disana. Lama jugak lebih kurang 44 hari. Kali pertama ayah menunaikan haji pada tahun 1994 masa tuh Cie baru je darjah 4. Ayah berpeluang pergi ke sana dengan mak. Kali nih ayah seorang je pergi sebab mak dah takde. Kalau mak masih ada mesti mereka sama-sama menunaikan haji. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik untuk umatNya.



Sabtu 15 Ogos kami 5 beradik bertolak ke homestay di Bandar Utama Damansara. Nanti kat entry lain Cie ceritakan tentang homestay yang sangat terbaik. Sampai ke homestay lebih kurang pukul 3 petang. Kami berehat dulu sebab petang tuh plan nak berjalan pulak. Yang bestnya banyak shopping mall berdekatan dengan homestay nih. 1Utama, IKEA, Ikano Power Centre dan The Curve. Tapi tak cukup masa sempat ke IKEA je layankan kakak ipar yang nak shopping. Cie just beli gelas plastik, frame, mangkuk plastik. Takde mood pun nak shopping dengan keadaan orang yang sangat ramai. Waktu weekend memang jadi tumpuan la. Nak makan meatball pun tak merasa full house.




Punya la sakan duduk dalam IKEA tuh tak sedar dah pukul 8.30 malam. Anak-anak mula la meragam nak susu la, nak tidur la. Anak-anak kalau dah penat macam-macam hal la. Dah settle bayar semua tuh terus balik. Singgah makan dulu kat area homestay, balik rumah dalam keadaan kepenatan semua.

Esoknya tuh seawal pagi dah bangun dan bersiap-siap. Ayah nak bergerak awal ke Kelana Jaya. Kami keluar dari homestay lebih kurang 9.30 pagi. Sampai ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya lebih kurang 9.45 pagi. Sampai awal so ada la tempat kosong kat bawah khemah tuh terus cepat-cepat cop untuk kami yang ramai nih. Semua ada kecuali keluarga abang yang di Terengganu tak dapat datang. Hanya kereta yang menghantar jemaah je boleh masuk ke dalam untuk turunkan barang. Parking kat kawasan luar kompleks. Mujur la husband dapat parking betul-betul depan pintu pagar keluar. Takdela menapak jauh sangat. Tak la sesak sangat compare masa hantar ayah tahun 1994 dulu.

Jam 12.30 tengah hari ayah dah kena masuk untuk mendaftar. Sebak rasa hati. Yelah lama jugak berpisah dengan ayah. Bulan 10 nanti baru ayah balik. Kalau umrah 2 minggu je. Haji lebih kurang 44 hari la. Rezeki ayah dapat 2 kali menunaikan haji dan 2 kali menunaikan umrah. Lepas je ayah masuk ke dewan kami semua berangkat balik. Singgah makan dulu kat JM Beriani House tapi tak makan nasi pun, sebelah tuh ada subway so tapau subway jela. Malas nak makan nasi. Mula-mula nak balik terus je lepas lunch tapi semua pakat nak jalan-jalan dulu. Singgah Paradigm Mall jela sambil lalu. Lama jugak kat situ. Beli sandal je sepasang. Nak beli baju takde yang berkenan. Gerak balik singgah masjid Bentong dan singgah makan kat Raub. Sampai rumah dekat pukul 10 jugak.



Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan ibadat ayah di sana, berikanlah kesihatan tubuh badan kepada ayah sepanjang ayah disana, kau selamatkan perjalanan ayah ku balik nanti, kau lindungi ayah ku.

Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Post a Comment Blogger

 
Top