Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Pernah tak ibu bapa hadapi situasi dimana anak-anak seringkali lupa dimana tempat mereka meletakkan alat tulis, buku, botol air dan sebagainya? Perkara ini biasa terjadi kepada kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan empat hingga enam tahun malah boleh berlarutan sehingga dewasa.
Sumber Gambar: Google |
Masalah pelupa adalah sifat normal yang sering berlaku kepada anak-anak anda. Ini berlaku disebabkan oleh masalah hilangnya fokus pada sesuatu masa. Masalah ini boleh dicegah dari awal. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk melatih anak-anak kembali fokus.
Disini ada beberapa tip yang boleh digunakan pakai untuk meningkatkan daya fokus anak-anak serta menajamkan minda mereka.
8 Tip Tingkatkan Daya Fokus Anak
Televisyen
Hadkan masa menonton televisyen anak-anak anda kerana terlalu kerap menonton televisyen antara faktor yang menyebabkan tahap fokus mereka berkurangan. Program yang sering ditayangkan tidak bersesuaian dengan pemikiran kanak-kanak.
Makanan Sunnah
Kerapkan memberi anak-anak anda makan sunnah dan berkhasiat seperti kismis, kurma, badam, madu, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Bermain Permainan
Pilih permainan yang boleh meningkatkan fokus anak-anak seperti permainan logo, doh dan puzzle.
Baca Buku
Aktiviti membaca juga dapat meningkatkan fokus anak-anak. Pilih buku bersesuaian dan sama-sama membaca dengan mereka. Permulaan mungkin mereka tidak menunjukkan minat tapi lama kelamaan minat itu akan datang dengan sendirinya dan sekaligus dapat merangsang minda mereka.
Hobi
Jika anak anda mempunyai hobi tertentu, galakkan mereka untuk melakukannya.
Sarapan Pagi
Penting untuk diambil oleh anak-anak kerana kajian membuktikan kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mempunyai daya ingatan yang tinggi, lebih fokus terhadap sesuatu dan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu. Sediakan Meal Shakes hidangan segera yang mudah disediakan untuk anak-anak.
Makanan Tambahan
Pengambilan tambahan minyak ikan omega 3 dapat membantu menguatkan daya ingatan dan daya fokus anak-anak kerana didalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.
Lakukan Aktiviti Bersama
Buat aktiviti bersama anak-anak seperti mewarna, menggunting kertas, mencantum dan gam dapat membantu meningkatkan fokus anak-anak.
Mudah je kan nak lakukan. Ibu-bapa perlu membantu meningkatkan daya fokus ketika anak-anak masih kecil.
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:
Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook: Roziah Muhammad Nor
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: SYAFIYAHVITASHOPPE
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
betol. memang kena lentur dorang dari kecik ni sama2 kalau tidak takut nanti terbawak2 sampai dewasa susah huuuu. thanks info
ReplyDelete