Thursday, 29 October 2015

Gemuk Selepas Kahwin

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Masa bujang dulu selalu duk risau dan asyik fikir lepas kahwin mesti naik badan. Lepas beranak pun mesti naik berat. Sebab tengok orang sekeliling lepas kahwin je terus badan naik. Lepas beranak lagi la naik berat. Risau jugak kan. Dah la jenis senang sangat naik berat badan


gemuk selepas bersalin
google.com


Sangkaan ku meleset. Tidak seperti yang ku fikirkan. Haha. Lepas kahwin turun je berat badan i. Lepas beranak maintain je berat. Setakat naik turun sekilo dua tuh perkara biasa. Sekarang anak dah dua. Alhamdulillah berat badan maintain bawah 55kg. Insyaallah sedaya upaya akan ku cuba kekalkan berat badan ideal.


penjagaan badan selepas kahwin
google.com

Taknak la berat badan naik. Dah serik masa bujang dulu pernah cecah 60kg tau. Nak buat apa semua susah. Nak beli pakaian pun susah. Asyik la rasa rendah diri. Bila tengok orang lain kurus mula la nak sentap. Stress tak memasal. Hahaha. So terus la nekad taknak berat badan lebih 55kg.

Baru-baru nih kawan lama ada pm kat facebook. Lama jugak lost contact dengan dia. Tiba-tiba muncul semula, Dia pun ada tegur. Dia kata maintain je walaupun dah ada anak dua. Ada sesetengah orang lepas beranak naik la badan. Sebab tuh la kena jaga dari pelbagai segi.

Cie nih bukan lah seorang yang kuat bersukan mahupun bersenam. Dari zaman bujang lagi memang tak suka bersukan. Dah beranak pinak nih lagi la tak suka kan. Makan pulak jenis main bedal semua jenis makanan asalkan sedap dan kena selera. So kalau tak jaga memang bertambah naik la berat badan. Cie amalkan pengambilan suplemen je sebagai bantuan untuk elakkan berat naik. Kalau takde suplemen agaknya lebih 60kg dah berat. Hahaha. Makan suplemen senang je telan je kan. Lepas tuh buat kerja rumah macam menyapu, mengemop, mengemas rumah, memasak, gosok baju. Aktiviti kerja rumah pun boleh bakar kalori dan support dengan pengambilan suplemen. Insyaallah membantu. 

Kena nekadkan hati taknak berat badan berlebihan. Kalau berat badan berlebihan macam-macam penyakit boleh datang seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, kolesterol dan macam-macam lagi. Amalkan gaya hidup sihat insyaallah penyakit susah nak datang. Lagi-lagi kalau ada keturunan kencing manis dan darah tinggi memang betul-betul kena jaga kesihatan.

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT!!!


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: SYAFIYAHVITASHOPPE
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

4 comments:

  1. SA masa kawen suatu ketika dulu berat badan cuma 43kg...lepas kawen naik sampai 56kg sebab preggy...then turun balik ke 45kg maintain sampai umu28 tahun...pas tu naik sampai sekarang la...ni dah 37 tahun dah...berat badan tak konsisten...49kg sampai 53 kg...hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Fida berat badan maintain..tapi badan naik gak..kejab naik kejab turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tuh kan ada masa naik berat, ada masa turun.

      Delete