4
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Memandangkan dah lama sangat nak makan lasagna buatan sendiri maka gigih la mencari pasta lasagna nih. Kat Lipis takde jenuh dah cari semua kedai. Yang ada makaroni, spageti, bow tie, penne dan yang lain-lain. Masa pergi Perak hari tuh terus la beli 3 kotak kat AEON Manjung. Sekotak RM5 lebih je.


lasagna bakar
Lasagna Bakar



Senang je nak buat rupanya. Janji ada bahan yang cukup. Janji ada cheese yang cukup. Pasti sedap jadinya. Cie memang suka makan cheese. Hihi.

Resepi Lasagna Bakar

Bahan-bahan Lasagna Bakar

5 keping pasta lasagna
170gm mozarella cheese

Bahan-bahan Bolognese Sauce

1 biji (10gm) bawang putih dicincang
1/4 biji (20gm) bawang besar dicincang
100gm ayam/daging cincang
50gm bunga kobis dipotong kecil
50gm carrot dipotong dadu
60gm cendawan butang (3 biji) dipotong kecil
350gm sos pasta (adabi/kimball/prego)
10gm butter (1 sudu besar)

Cara Membuat Bolognese Sauce

1. Cairkan butter didalam pan, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan carrot dan bunga kobis. Kacau seketika.
2. Masukkan ayam/daging cincang. Kacau hingga masak. Masukkan pula cendawan butang.
3. Masukkan sos pasta dan sedikit air. Biarkan hingga mendidih. Angkat.


Bahan-bahan Cheese Sauce

10gm butter (1 sudu besar)
40gm tepung gandum
500ml susu low fat
2 keping cheese (chesdale)

Cara Membuat Cheese Sauce

1. Cairkan butter masukkan tepung gandum dan kacau.
2. Masukkan susu low fat secara perlahan-lahan sambil dikacau.
3. Kacau sehingga tidak berketul.
4. Setelah agak likat, masukkan cheese dan kacau seketika. Angkat.


Cara Membuat Lasagna

1. Rendamkan lasagna ke dalam air panas seketika.
2. Susun lasagna didalam baking tray. Susun sehingga menutupi permukaan tray.
3. Letakkan bolognaise sauce dan ratakan. Taburkan sedikit mozarella cheese.
4. Lapisan seterusnya, letakkan kepingan lasagna yang telah direndam. Susun sehingga menutupi permukaan.
5. Letakkan cheese sauce dan ratakan.
6. Ulangi langkah menyusun lasagna. Letakkan lagi baki bolognaise sauce dan rata. Taburka mozarella cheese.
7. Bakar pada suhu 150°c selama 30 minit.


Ok dah siap lasagna bakar I. Walaupun takdela nampak sangat layer by layer tuh kan tapi sedap sangat rasanya. Try la pasti sedap. Bahan-bahan tuh boleh ditambah sosej, cili benggala, brokoli dan apa-apa jela yang nak ditambah. Butter boleh tukar minyak zaitun / marjerin / minyak jagung / minyak masak. Selamat mencuba!!


resepi lasagna bakar
Bentuk tak menarik tapi rasa sedap tau :)

Post a Comment Blogger

 
Top