Wanita Cantik Sempurna Pada Usia 31 Tahun - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 19 November 2015

Wanita Cantik Sempurna Pada Usia 31 Tahun

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Betul ke tak ek statement nih "wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun". Hahaha. Kalau ikutkan pakar penyelidikan tuh betul dah.



cantik dan sempurna pada usia 31 tahun


Tanggal 19 November 2015 genaplah usia daku 31 Tahun. Walapun rasa macam muda je lagi. Tak sangka pulak tahun nih dah 31 tahun dah. Hihi.

Alhamdulillah syukur kepada mu Ya Allah kerana memberikan peluang untukku bernafas lagi dimuka bumi ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada arwah bonda yang melahirkan ku, membesarkan, mendidik, menjaga, membelai sehingga usia ku 25 tahun 6 bulan mak telah pergi buat selamanya. Tak sempat nak balas jasa dan pengorbanan mak. Bila dah jadi mak nih baru ku faham dan jelas sebenarnya jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak boleh dibayar dengan wang ringgit mahupun harta benda. Tidak ternilai betapa besarnya jasa dan pengorbanan seorang ibu bermula saat kita berada didalam rahim seorang ibu. Hanya Allah yang mampu membalas. Semoga mak sentiasa tenang disana, semoga mak ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Rindu sangat kat mak.

Terima kasih juga ayah yang membesarkan, mendidik, mejaga sehingga ku dewasa. Tak terbalas segala jasa dan pengorbanan ayah. Semoga ayah diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ayah.

Semoga dipermudahkan segala urusanku, dimurahkan rezekiku, dipanjangkan usia, diberi keberkatan hidup, dirahmati selalu.










Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: roziahmuhammadnor
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)



Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

7 comments:

  1. wow..tahniah sudah 31 tahun dan sudah mencapai kecantikan sempurna..hihi :) Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah :)

    ReplyDelete
  2. eh eh, samalah umur kite..tettttt...born november jugak..neway happy birthday to you :)

    ReplyDelete
  3. hepi besday sis!cantik menawan tertawan daboomm..

    ReplyDelete
  4. Hihi...wah..macam permulaan remaja nih.. :)

    ReplyDelete