Resepi Kuey Teow Kung Fu - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 5 December 2015

Resepi Kuey Teow Kung Fu

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Takde idea dah nak masak apa. Minggu lepas ada beli kuey teow halus. Hari Isnin baru nih goreng untuk bekal breakfast anak-anak. Ada la lebih sikit takkan malam nak goreng lagi kan. Terus la tercetus idea nak masak kuey teow kung fu which is i ols sangat la suka. Kalau makan masakan kedai macam best je try la buat. Pernah try guna kuey teow kasar kurang menjadi. Kali nih try guna yang halus. Alhamdulillah menjadi jugak. Practice make perfect!!



Resepi Kuey Teow Kung Fu

Bahan Kuey Teow Kung Fu

1/2 peket kuey teow halus
1 biji telur (asingkan sedikit putih telur untuk kuah)
Sedikit garam
Sedikit minyak

Bahan Kuah Kuey Teow Kungfu

1 biji bawang putih ditumbuk
1/4 biji bawang besar dimayang
Sedikit isi ayam
Sedikit carrot
Sedikit sawi
Sedikit kobis bulat
Sedikit minyak
Sedikit garam
Sedikit putih telur
Sedikit air bancuhan tepung jagung
Sedikit air

*agak-agak la sendiri bahan tu nak letak banyak mana.
*sayur lain pun boleh letak kailan, bunga kobis, brokoli, lada benggala, putik jagung, cendawan tiram dan lain-lain yang dirasakan sesuai.
*udang dan sotong pun boleh letak.

Cara Memasak Kuey Teow Kung Fu

1. Gaulkan kuey teow bersama telur yang telah dipukul. Perasakan dengan garam.
2. Panaskan minyak didalam kuali kemudian gorengkan kuey teow tadi. Pastikan betul-betul garing baru sedap. Minyak tuh agak-agak jela jangan terlalu sedikit dan jangan terlalu banyak.
3. Setelah masak dan garing, angkat dan toskan.

Cara Memasak Kuah Kuey Teow Kung Fu

1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan kacau seketika sehingga ayam masak.
3. Masukkan carrot dan biarkan seketika. Kemudian masukkan sawi dan kobis bulat.
4. Masukkan air. Terpulang la nak kuah sebanyak mana.
5. Apabila kuah sudah mendidih perasakan dengan garam dan masukkan air bancuhan tepung jagung. Agak-agak jela nak pekat ke nak cair ke.
6. Apabila kuah sudah secukup rasa dan pekat, masukkan pula putih telur dan kacau seketika. Sedia untuk dihidangkan.
7. Letakkan kuey teow didalam pinggan dan letakkan kuah apabila nak makan. Makan dengan lada jeruk atau lada kicap. 

Senang je kan nak buat sendiri je kat rumah. Next time nak buat lagi la. Bila dan menjadi nih rasa seronok pulak nak masak lagi kan.

No comments:

Post a Comment