1
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

2 minggu yang lepas masa shopping barang keperluan dapur terus terfikir nak buat kebab. Lama sangat rasanya tak makan kebab. Biasa ada jual kat pasar malam atau pekan sehari. Jarang dah pun pergi so buat sendiri jela. Kakak Raisha memang suka sangat kebab. Kalau beli tu memang selera sangat dia makan.




Bahan-bahan Kebab Ayam

5 keping roti pita (ada dijual di pasar raya)
2 keping ayam burger (dipotong kecil)
1/4 biji bawang besar potong dadu
1/4 batang timun disagat
1/4 batang carrot disagat
1 senduk kecil sos cili
1 senduk kecil sos tomato
Sedikit mayonis
Sedikit marjerin

Cara Membuat Kebab

1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan ayam burger dan carrot. Kacau seketika hingga ayam masak.
3. Masukkan timun, sos cili dan sos tomato. Kacau hingga sebati. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit marjerin di atas kuali leper. Letak roti pita yang dipotong tengah. Terbalikkan kedua-dua bahagian. Jika sudah kekuningan boleh angkat.
5. Sapukan mayonis ke dalam roti pita.
6. Masukkan inti kebab yang sudah dimasak tadi ke dalam roti pita. Padatkan ke dalam.
7. Ok dah sedia untuk dimakan.

Simple je kan janji sedap dan puas makan. Bahan pun tak rumit. Senang untuk disediakan. Selamat mencuba!!

Post a Comment Blogger

 
Top