Friday, 12 February 2016

Jemputan Kolaborasi Kedua Bersama Zalora

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Sekali lagi ZALORA.COM menjemput untuk kolaborasi kedua bersama mereka. Alhamdulillah rezeki lagi dengan hanya berblog walaupun daku ni bukan la blogger pun. Menulis blog sekadar suka-suka je.

Kolaborasi ni maksudnya pihak zalora minta kita untuk menulis artikel berkaitan produk mereka. Biasanya mereka sudah sediakan artikel dan gambar, tugas kita hanya membuat 1 entry berkenaan produk tersebut dan post entry. Senang je. Kemudian mereka akan berikan voucher bernilai RM100 untuk kita membeli-belah dari website mereka.

    

  
Sebelum ni Kolaborasi Yang Pertama pun dapat voucher percuma bernilai RM100 juga dan selamat tebus baju kurung cotton dan blaus labuh. Yang kali ni belum tebus lagi. Tarikh luput voucher bulan 12 nanti so masih ada banyak masa.

Terima Kasih zalora.com kerana memberikan peluang untuk berkolaborasi. Next time jemput la lagi ye.

No comments:

Post a Comment