Thursday, 11 February 2016

Kesibukan Melanda

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Ya ampun busy betul sekarang ni. Blog pun bersawang-sawang siap bersarang spider dah pun. Memang betul-betul busy sekarang ni. Mana busy dengan kerja lagi, busy uruskan anak-anak lagi, busy dengan bisnes lagi. Pendek kata 24 jam masa memang tak cukup.




Bukan mudah ye untuk menjadi seorang wanita bekerjaya merangkap surirumah merangkap ahli perniagaan yang berjaya. Sesuatu yang perlu dikorbankan dari segi masa, tenaga, wang dan segala-galanya.

Sejak Kakak dah sekolah ni memang tersangat busy. Sebelum masuk kerja pukul 8.30 hantar Adik ke Rumah pengasuh. Lepas tu terus hantar Kakak. Terus rushing ke office. Dari Rumah ke sekolah dalam 10 minit. Dari sekolah ke office dalam 15-20 minit. Terpaksa la tukar waktu masuk office 8.30 baru tak terkejar-kejar sangat. Tengahari ambil Kakak lepas tu hantar Rumah pengasuh. Kira lunch time memang rushing ambil Kakak.

Kat office pulak kerja menimbun. Makin bertambah sejak masuk tahun baru ni. Nak taknak terpaksa buat jugak. Dah memang kerja kita kan.

Balik Rumah uruskan kerja Rumah pulak. Kadang-kadang rasa bosan jugak. Tapi apekan daya. Demi anak-anak Dan keluarga Ku tempuhi segala rintangan yang melanda. Hihi.

1 comment: