Thursday, 17 March 2016

Restoran Medina Tom Yam Putrajaya

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Kalau berkunjung ke Putrajaya nih memang jadi satu masalah nak mencari restoran makanan melayu kalau nak makan masakan panas. Kebanyakkan yang ada kedai mamak je. So kat sini Cie kongsikan dengan korang semua restoran masakan ala Thai yang sedap di Putrajaya. Kalau ikut selera Cie boleh la diterima tekak walaupun service agak slow mungkin sebab ramai sangat orang kot. Dekorasi dalam restoran agak menarik tapi kami makan kat luar je lebih selesa dengan udara segar kebetulan baru je lepas hujan.

restoran medina tomyam putrajaya
pandangan dari luar restoran. kat dalam dah full so kita lepak santai kat luar jela

restoran medina tomyam putrajaya
punya la lama tunggu makanan sampai naik atas meja budak ni

restoran medina tomyam putrajaya
budak ni pun siap naik atas meja dah jemu tunggu makanan sampai

restoran medina tomyam putrajaya
air epal asam boi, fresh orange dan ais kosong

akhirnya sampai dah menu yang ditunggu-tunggu
Kami order nasi putih, kerabu perut, kailan ikan masin, daging masak lada hitam, sotong goreng kicap dan telur dadar. Kenyang sangat makan lewat malam. Boleh mendatangkan kegemukan ni tapi sebelum dinner dah telan siap-siap lecithin untuk bakar lemak degil. Lepas makan singgah kat Hot Air Ballon Fiesta tengok je tak naik pun. Belum mula lagi masa tu mereka dah open kepada public untuk naik dengan bayaran RM35 untuk seorang dewasa, lepas tu terus balik Pullman Putrajaya Lakeside. Sebelum makan tadi konon-konon nak tengok pameran bunga kat Eco Majestic tu sekali sampai je dah tutup.

No comments:

Post a Comment