Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Sejak musim panas ni bekalan air seringkali tiada. Biasanya dekat nak maghrib mesti tak ada air. Kadang-kadang tengah malam baru ada. So kena la masak cepat-cepat dan simple je. Sekali sekala makan menu ikan singgang ni sedap juga. Biasa makan dalam pantang je. Saja jela nak share resepi kot ada yang nak mencuba cara berlainan pulak.
Resepi Ikan Singgang
Bahan-bahan Ikan Singgang
2 ekor ikan selar (boleh guna ikan lain)
5 batang bendi (saja letak)
1/2 biji bawang besar dipotong
2 biji bawang putih dimayang
1 inci halia dipotong
1/2 inci kunyit hidup dipotong
1/4 sudu serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit cuka makan
Cara Membuat Ikan Singgang
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih. Perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidang.
Senang kan nak masak. Menu ikan singgang ni makanan orang kelantan. Biasa kat hospital kita sediakan ikan singgang untuk menu soft diet, menu ibu bersalin dan beberapa jenis teraputik diet. Ikan singgang sangat sesuai untuk mereka yang nak kuruskan badan. Masakan jenis ni langsung tak menggunakan minyak atau lemak. So selamat mencuba ye.
Pengumuman Raya Dan Mengemas Rumah
-
Banyak betul dengan ramalan orang kan. Katanya raya Khamis la, anak bulan
tak nampak la. Macam-macam kita dengar. Sebab memasing dah serik tahun 2022
dulu ...
2 days ago
No comments:
Post a Comment