0
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Kadang-kadang bosan makan nasi kita ubah selera pulak makan pasta tapi cara masak ala melayu gitu. Hihi. Kelentung kelentang balik kerja terhasil la sup makaroni ala melayu. Kalau ala barat lain sikit bahan-bahan.

resepi sup makaroni

Tak susah pun nak buat. Just ikut bahan yang ada dan ikut suka hati je campak-campak. Nak kata sup pun boleh, ladna pun boleh.

Resepi Sup Makaroni

Bahan-bahan Sup

1 mangkuk kecil makaroni
2 biji bawang putih dicincang
2 biji bawang merah dimayang
1 inci halia dipotong nipis
Sedikit isi ayam
Sedikit carrot
Sedikit bunga kobis
Sedikit kobis
Sedikit daun sup
2 biji cili padi potong
1 biji limau kasturi
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu air
Minyak untuk menumis
Garam
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara Membuat Sup Makaroni

1. Rebus makaroni hingga masak. Renjiskan sedikit minyak supaya tidak melekat.
2. Potong sayur-sayuran mengikut citarasa anda. Nak potong bulat ke nak potong panjang ke terpulang. Sayur boleh ditambah kailan, sawi hijau, sawi putih, brokoli dan apa-apa jela ikut selera.
3. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau atau sedikit garing.
4. Masukkan isi ayam dan kacau seketika. Boleh juga letak udang, sotong, isi ketam, daging dan apa-apa je.
5. Masukkan carrot dan bunga kobis. Kacau seketika kemudian masukkan air dan kobis. Biarkan mendidih.
6. Perasakan dengan garam. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan biarkan ia pekat. Angkat dan hidangkan.
7. Hias dengan cili padi, daun sup. Boleh juga dimakan dengan kuah kicap cili padi. Perah sedikit limau kasturi. Ready to eat.

Selamat mencuba.

Post a Comment Blogger

 
Top