Alive 3D Art Gallery Port Dickson - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 25 October 2016

Alive 3D Art Gallery Port Dickson

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Kalau anda bercuti ke Port Dickson jangan lepaskan peluang untuk singgah di Alive 3D Art Gallery yang terletak di Lukut, Port Dickson. Boleh guna waze atau google maps nanti sampai la ke situ. Atau kalau korang sampai je ke Lukut tu cari je Giant dah memang dekat sangat dah dengan Giant Lukut tu. Atau boleh cari kat alamat ni:

No. 38-40 Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Alive 3D Art Gallery ni kat bangunan kedai je. Area situ banyak kedai-kedai. Old Town White Coffee pun ada so kalau dah penat bergambar sakan kat dalam tu boleh la isi perut kat situ. Macam kami hari tu lepas dah keluar dari 3D art tu baru cari makan. Anak-anak dah kelaparan sebab tu tak bagi kerjasama nak bergambar. Hahaha.

Sampai je area bangunan kedai tu korang akan nampak signboard ni besar gedabak gitu. So parking jela area situ. Kami hari tu bernasib baik dapat parking betul-betul depan bangunan tu.





Nak masuk ke dalam ni ada dikenakan bayaran so make sure bawak duit secukupnya. Untuk warganegara yang ada mykad dikenakan bayaran RM25, kanak-kanak 90cm ke atas dikenakan bayaran RM15. Dibawah 90cm PERCUMA sahaja. Macam kami bayar untuk kakak jela sebab tinggi dia lebih 90cm. Adik percuma sebab kurang 90cm ketinggian. Masa nak masuk nanti korang kena tanggalkan selipar atau kasut dan letakkan dalam locker yang disediakan dengan bayaran RM2 pulak. 

ni senarai untuk bayaran. harga ni bukan tetap kot. sebelum pergi hari tu pernah google dan bayaran RM20 sahaja. maybe bayaran masa cuti sekolah akan jadi lain pulak.

yang hijau tu kaunter untuk buat bayaran. masa kami pergi hari tu tak dapat tiket mungkin ada masalah sistem so lepas bayar simpan kasut dan masuk je terus

tengok la anak-anak hamba takde mood. padahal ni baru yang kedua.

sebelah hamba tu ada 2 orang anak hamba yang taknak join ibu. 

si adik start buat perangai. so ibu kena riba dia. mujur la kakak ada masa mood ok.

saya lah bidadari. hahaha. 

husband ku dah kenapa ni? 

alahai anak buat dek je. hahahah

Boleh tengok album di facebook Alive 3D Art Gallery malas dah nak upload banyak sangat. Sebenarnya banyak lagi ada yang kami skip je bila anak-anak dah mula tunjukkan yang mereka tak berminat pun nak join ibu dan babah. Kalau anak dah besar ok kot bawak tempat macam ni. Mereka dah sporting.

Korang boleh juga nanti ambil gambar kenangan dan print kat situ. Boleh juga minta staf situ ambilkan gambar dan nanti dia akan print dan bagi frame. Ada pelbagai pakej untuk gambar. Kami ambil pakej RM30 dapat 2 keping gambar size 4R kot lepas tu dapat frame bekembar dan percuma 1 frame kertas gambar 4R jugak. Cie nak fridge magnet tapi printer mereka ada problem so boleh print gambar sahaja.

Overall pengalaman berkunjung ke sini seronok juga lah walaupun mood anak-anak kejap ok kejap ke pantai. So nasihat Cie kalau bawak anak kecil digalakkan bagi makan kenyang-kenyang dulu, pastikan mood anak-anak berada didalam keadaan yang baik. Kalau tak nanti mesti mengamuk jela taknak bergambar. Mak bapak sakan nak bergambar. Hahaha.





1 comment:

  1. Gamabr yg last tu, si kecik da masuk tgn dlm mulut dah. Bosan sesangat dah kot.

    Ye, tempat gini kalau yg kecik yg x faham, mmg depa menguap. Kena pi mandi manda, baru depa ligat main air hihi

    ReplyDelete