3
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Weekend adalah cooking week for me. Nak masak yang mencabar sikit weekend jela. Weekdays bukan tak boleh tapi macam masa agak terhad. So weekend jela kita ada banyak masa. Ada sesetengah orang lebih prefer weekend nak berehat je kan. For me tiada istilah rehat. Maka terjadilah ayam panggang resepi ikut suka hati je asal sedap dan enak. Hihi.

Resepi Ayam Panggang 



Bahan-bahan Ayam Panggang

1 ekor ayam
4 batang serai
1 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 sudu besar serbuk cili
5 sudu besar serbuk kari
1 cawan kicap manis
5 sudu besar sos tiram
Rosemary
Garam secukup rasa

Bahan-bahan boleh ditambah ikut selera masing-masing nak letak apa. 

Cara Membuat Ayam Panggang

1. Bersihkan ayam.
2. Kisar serai, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup sehingga halus.
2. Gaulkan semua bahan bersama bahan kisar sehingga sebati.
3. Lumurkan bahan tadi sehingga rata pada semua bahagian ayam.
4. Sebelum bakar taburkan rosemary atas ayam.
5. Bakar selama 90 minit suhu 200-250°c atau sehingga masak.

Ok dah siap ayam panggang resepi ikut suka hati apa bahan yang ada je. Selamat mencuba.

Bahan perapan

Taburkan rosemary atas ayam sebelum dipanggang

Post a Comment Blogger

  1. sedapnyaaa nampak...sally pun hujung minggu je baru nak makan sedap sbb rajin sikit :P

    ReplyDelete
  2. Mai post ke seremban cie. hehe

    ReplyDelete

 
Top