Cube Cupboard DIY

Assalamualaikum. Selamat pagi yang indah.

Baru-baru ni ada beli cube cupboard nak isi baju-baju yang berlipat. Selama pindah ni baju duk dalam beg je. Punya la kesian kan? Hahaha.

 

Sampai je cube cupboard tu terus gigih menukang malam-malam. Instruction dalam bahasa cina. U rasa i faham? Memang tak faham la. Sudahnya i belasah je asal boleh.


Beli 2 biji. Yang pertama tu hampir 2 jam nak pasang. Yang kedua 20 minit je dah siap. Mencabar sangat ni. Tapi buat jela kan bukan susah mana pun.

Ada yang tanya Cie beli mana dan berapa harga?

Cie beli kat shoppe.com.my setelah survey kat lazada.com.my dan lelong.com.my harga mahal sikit dari shoppe. So Cie beli la kat shop. Untuk 6 cube harganya rm58. Beli 2 rm116 la semuanya dan plus postage pos laju rm4.37 so total semua sekali rm120.37 je.

Kalau ikutkan macam tak tahan lama pun kan. Lepas tu macam tak rapat sangat ada renggang sikit so mudah jela apa-apa nak masuk.

Sebab beli cube cupboard ni malas nak beli almari baju tinggi dan besar la kan untuk baju 4 beranak macam makan space je. Lepas tu gigih dah cari rak je, pun tak jumpa yang ala-ala cube cupboard ni so belasah jela beli cube cupboard.

Kita tengok jela selama mana ianya bertahan. Kalau jahanam nanti kita beli style lain pulak. Hahaha
Share this article:

No comments:

Post a Comment