AWANA SKYWAY GENTING HIGHLANDS
Lepas je balik dari Youth Roadshow kat HQ Shaklee minggu lepas terus singgah. Masa tu dah agak petang sebenarnya. Mula macam malas jugak tapi sebab husband ok je terus exit genting. Maka daku pun berbunga riang ria la hati. Hahaha.
Lama sangat dah tak naik genting. Kalau naik pun sebab nak lalu ke Batang Kali kalau nak pergi Perak. Ada jugak la dulu naik tapi naik dengan kereta la. Tak boleh masuk indoor jugak tengah renovate. Setakat pusing-pusing mengimbau kenangan jela.
Banyak dah perubahan kat Genting sekarang ni. Shopping mall baru pun dah ada Genting Highlands Premium Outlet. Kalau nak naik awana skyway tu memang akan lalu GHPO tu la dulu. So merasa la jejak kaki jugak. Walaupun hari Ahad orang tetap ramai.
Sebenarnya ni bukan kali pertama Cie naik skyway ni. Masa dulu kerja kat KFC Genting memang selalu la naik kalau time cuti nak balik kampung. Memang ramai la orang. Mujur la masa tu sepupu mak ada kerja polis kat sana. Dia biasa jaga skyway kat bawah so kalau nak naik biasa dia akan escort sampai ke depan. So potong queue la. Hahaha. Menyirap je orang lain kan. Kalau dia tak escort pendek kata lambat la masuk kerja petang.
ni dalam lif dari parking lot nak ke awana skyway. sampai B8 parking punya la banyak |
ada 3 stesen je awana skyway ni. |
untuk masuk tu kena scan tiket baru palang terbuka |
kena jalan sikit untuk sampai ke gondola |
ni tiket yang kami beli kat kaunter tadi. |
selfie la sikit takdela gayat sangat kan. hahaha |
amboi laki den renyih je senyum ek |
mintak adik depan tu snap gambar kami. hihihi. dah petang tapi panas sinaran mentari memancar |
ni stesen yang kedua |
stesen yang kedua. kami tak turun pun bukan ada apa tempat temple je ni |
adik tak senyum takut agaknya. kakak senyum sinis je. hahaha |
ni pun shopping mall baru. banyak lagi shop yang belum buka lagi |
0 Comments