Nasi Ayam Penyet

RESEPI NASI AYAM PENYET

nasi ayam penyet


ayam penyet

BAHAN-BAHAN AYAM PENYET DAN TEMPE

Ayam
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia
Buah Keras
Ketumbar
Serbuk Kunyit
Garam
Tempe
Sedikit air

BAHAN UNTUK SALUT TEPUNG

Tepung Beras
Telur
Garam
Sedikit air rebusan ayam

CARA MEMASAK AYAM PENYET DAN TEMPE

  1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan tempe.
  2. Masukkan semua bahan kisar, ayam ke dalam periuk.
  3. Setelah ayam agak masak, masukkan tempe dan rebus seketika.
  4. Toskan ayam dan tempe. Biarkan seketika.

CARA MEMBANCUH SALUTAN TEPUNG

Masukkan semua bahan dan kacau rata.

CARA GORENG AYAM DAN TEMPE

  1. Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
  2. Setelah ayam habis digoreng, celupkan pula tempe. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
  3. Lebihan tepung jangan dibuang. Renjiskan ke dalam minyak menggunakan garfu. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.


sambal ayam penyet


BAHAN-BAHAN SAMBAL

Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Padi
Cili Merah
Limau Kasturi
Ikan Bilis
Garam

CARA MEMBUAT SAMBAL

  1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Goreng bahan lain kecuali limau kasturi. Angkat dan toskan.
  3. Tumbuk atau blend kesemua bahan.
  4. Perahkan limau kasturi.
  5. Dengan menggunakan lebihan minyak tadi, gorengkan sambal yang telah ditumbuk atau blend tadi sehingga agak masak.

BAHAN-BAHAN SUP

Air rebusan ayam
Sedikit garam
Daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUAT SUP

  1. Panaskan air rebusan ayam. Biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam.
  2. Tutupkan api.
  3. Taburkan dengan daun sup dan bawang goreng.

BAHAN ULAM

Timun
Tomato
Salad Lettuce
Share this article:

1 comment:

  1. Sedapnya nasi ayam penyet..saya tak pernah masak sendiri lagi nasi ayam penyet, boleh try :)

    ReplyDelete